Tular Video Disimbah Air Oleh Pemandu Bezza, Jurutol Jelaskan Apa Yang Terjadi

Sejak pagi tadi tular satu video yang memperlihatkan perlakuan biadap seorang pemandu kereta Jenis Bezza yang membaling air kepada petugas tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas)

Meski tidak mengetahui pucuk pangkal apa yang terjadi, orang ramai yang menonton video berkenaan nyata marah kerana dia dilihat begitu keterlaluan dalam menunjukkan rasa amarahnya kepada petugas tol tersebut.

Disimbah pada 9.20 pagi. Namun salah faham bermula jam 730 pagi

Tidak lama kemudian jurutol tersebut tampil memperjelaskan apa yang terjadi. Dikenali dengan nama Faten, dia menjelaskan insiden berkenaan berlaku pada jam 9.20 pagi isnin .

Difahamkan semuanya bermula 2 jam sebelum itu disekitar jam 7.30 apabila dia didatangi pemandu berkenaan yang cuba menambah nilai di kaunter tol yang dijaga olehnya. Namun gadis ini menjelaskan laluan berkenaan hanya untuk Touch’ n Go dan tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai.

Justeru dia mencadangkan agar pemandu terbabit melakukan transaksi tambah nilai di laluan khas tambah nilai yang disediakan

“Dia masuk laluan saya dan meminta untuk tambah nilai dan saya cakap sini untuk Touch n Go Sahaja, tiada tambah nilai”

“Namun dia tetap berkeras kerana menurutnya tol seterusnya tiada kaunter tambah nilai. Jadi saya mencadangkan agar dia letak kereta di sini dan berjalan ke lorong tambah nilai”

Tambah gadis ini meskipun individu ini tidak berpuas hati dan cuba memeriksa keadaan dalam pondok, dia bagaimanapun akur dan menambah nilai di lorong tambah nilai sebelum berlalu pergi.

Datang kembali pada 9:20 dan simbah air

Menyangkakan semuanya sudahpun selesai, jurutol ini bagaimanapun terkejut apabila lelaki terbabit sekali lagi datang ke tol berkenaan pada jam 920 pagi.

Dia kemudian keluar dari kenderaan seperti video yang tular di media sosial dengan membawa bekas plastik air berisi air milo ais sambil meminumnya dan berkata ‘ lain kali jangan suka suka nak kenakan orang ‘ sebelum menyimbah air tersebut pada wanita berkenaan.

“Pukul 920 dia lalu lagi sekali dengan bawa air milo aisnya. Sambil minum dia cakap ‘lain jangan suka-suka kenakan orang’ dan terus simbah”

“Kami sudah buat laporan polis ” – Kesas

Terdahulu Kesas mengesahkan kejadian berkenaan dan dan meminta orang ramai agar menghenti menularkan video berkenaan.

Mereka juga sudahpun membuat laporan dan kejadian berkenaan kini dalam siasatan dalam polist Menerusi kenyataan sama, pihak pengurus KESAS juga telah merehatkan jurutol terbabit dari bertugas.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

5 hours ago