Trump Dakwa Dirinya Kebal Dari Covid-19, Perlekehkan Pesaingnya Joe Biden

Nampaknya apa sahaja kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai wabak maut Covid-19 pasti menarik perhatian dunia.

Terbaru Trump yang pernah dijangkiti dan baru sahaja pulih mendakwa dirinya kini kebal daripada COVID-19 .

Dia berkata demikian selepas kembali berkempen susulan disahkan pulih oleh doktor di White House .

“Saya seperti kebal (COVID-19), saya tidak tahu, mungkin untuk jangka masa yang lama atau sebaliknya, mungkin untuk seumur hidup, tiada siapa yang tahu, tetapi saya kebal.

“Anda memiliki seorang Presiden yang kebal . Jadi kini anda ada seorang Presiden yang tidak perlu menyorok di bawah tanah seperti dilakukan pesaingnya,” katanya kepada Fox News dalam satu wawancara ‘Sunday Morning Futures’

Secara asasnya walaupun seseorang yang diserang COVID-19 akan mempunyai antibodi bagi menentang jangkitan baharu virus itu.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran mengingatkan bahawa tiada data mencukupi mengenai berapa banyak antibodi yang diperlukan, sejauh mana atau berapa lama ia boleh melindungi seseorang daripada virus itu.

Perlekehkan Joe Biden kononnya dia tidak sihat

Trump sebelum ini mendakwa Biden kemungkinan tidak sihat dalam satu temubual di panggilan telefon

“Jika anda lihat Joe (Biden), semalam beliau batuk dengan teruk sekali dan memakai topeng pelitup kerana beliau batuk.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana (dakwaan Biden tidak sihat) tidak mendapat banyak liputan,” katanya.

Sebelum ini pasukan kempen dari parti Demokrat kerap menyiarkan mengenai keputusan ujian saringan calonnya selepas Trump disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital selama tiga hari, sekali gus menyebabkannya ketinggalan dalam kempen pilihan raya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

3 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

4 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

5 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago