11 Tahun Terpisah Selepas Diculik, Remaja Ini Berjaya Temui Keluarga Selepas Guna Google Maps

Tidak dinafikan aplikasi  Google Maps adalah salah satu aplikasi navigasi yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk mengetahui lokasi sesuatu tempat.

Namun siapa sangka aplikasi tersebut berjaya membantu seorang lelaki dari Indonesia iaitu Ervan Wahyu Anjasworo yang berusia 17 tahun untuk kembali ke pangkuan keluarganya setelah diculik dan hilang selama 11 tahun

Hilang di Jakarta di usia 5 tahun

Ervan sebelum ini dilaporkan hilang di usia 5 tahun di Jakarta selepas diculik oleh seorang penyanyi jalanan dipercayai sewaktu sedang dalam perjalanan untuk memulangkan mainan yang dipinjamnya

Dia kemudiannya dipaksa membuat ‘street show’ di sekitar Jakarta bersama lelaki tersebut dan terpaksa hidup merempat di jalanan selama hampir 2 tahun.

Namun bagai sudah tertulis 2 tahun di sana mereka kemudian terpaksa pergi Surakarta untuk sebulan sebelum kembali ke ibu kota Indonesia itu.

Namun dalam perjalanan pulang Jakarta,mereka telah singgah di Bogor. Disana lelaki tersebut telah melarikan diri dan meninggalkan Erwan keseorangan di sebuah masjid selepas dia terdengar bunyi siren pihak polis.

Atas belas kasihan, Ervan yang dijumpai kemudiannya dibela dan dijadikan anak angkat oleh seorang Ketua Rukun Tetangga di kawasan tersebut

Namun nasib malang sekali lagi menimpa Ervan apabila bapa angkatnya itu meninggal dunia tidak sampai 4 bulan mereka tinggal bersama

Dia kemudiannya dijaga oleh cucu kepada bapa angkatnya itu untuk beberapa bulan sebelum di hantar ke rumah tumpangan kanak kanak untuk bertahun lamanya .

Saja membuat carian di google maps

Selang beberapa tahun anak muda ini yang semakin membesar kemudiannya menjalani latihan praktikal di Pusat Rehab Sosial Anak Berhadapan dengan Hukum (PRSABH) yang terletak di Bogor.

Terjumpa pasar Gonggang yang dikenalinya

Dia bagaimanapun secara tidak sengaja telah membuat carian di Google Maps mengenai sebuah pasar yang selalu dikunjungi bersama neneknya ketika kecil iaitu Pasar Gonggang.

Itu pun selepas dia menemui beberapa jalan yang enurutnya biasa dia lalui sewaktu kecil iaitu iaitu Jalan Wonogiri, Boyolali, Sragen .

Foto : Detik.com

“September lalu saya main komputer, saya saja-saja membuka Google Maps untuk mencari maklumat”

“Pada mulanya saya mencari info tentang bandar Solo . Tapi Solo ini ada beberapa tempat Wonogirim Boyolali dan Sragen.

“Saya lihat satu persatu menerusi Street View dan akhirnya menemui Pasar Gonggang, yang sama seperti saya masih kecil.

Dia kemudian terus memberikan alamat pasar tersebut kepada seorang pekerja di tempat praktikalnya itu yang kemudian memohon bantuan ketua mereka.

Dengan bantuan ketua jabatannya, berita tersebut kemudian tiba di beberapa wilayah di sana dan akhirnya tiba di Sragen .

Beberapa bulan kemudiannya Ervan menerima sekeping foto dirinya bersama keluarganya ketika itu dan jelaslah itula orang yang dicarinya selama ini

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago