Ini Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) Secara Online

Untuk anda yang tidak tahu, hari ini semakan untuk status dan permohonan baru bagi BPN 2.0 telah pun dibuka .

Untuk mereka yang perlu membuat permohonan baharu, kerajaan memberikan tempoh selama sebulan untuk anda memohon bermula dari hari ini, 15 Oktober sehinggalah 15 Nobember 2020

Meskpipun LHDN sebelum ini memberikan dua kaedah untuk memohon iaitu secara penghantaran borang manual ke mana-mana Cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) juga UTC LHDNM atau secara dalam talian mereka bagaimanapun kini menyarankan agar segalanya dilakukan secara dalam talian susulan dari peningkatan kembali kes Covid-19 di dalam negara

Justeru bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan cara untuk anda membuat permohonan baharu BPN 2.0 secara dalam talian.

Apa-apa pun kami cadangkan semak dulu kelayakan anda melalui pautan ini. Jika memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan, ikuti langkah seterusnya.

#1 Layari portal rasmi BPN 2.0

Layari portal rasmi BPN 2.0  disiniatau terus kelink https://bpn.hasil.gov.my/#

#2 Semak status anda

Masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan captcha. Kemudian tekan pada “Semak”

#3 Klik permohonan baru

Jika keputusan menunjukkan “Tiada Rekod”  dan klik pada “Permohonan Baru”.

#4 Isi Maklumat yang diperlukan

Lengkapkan “Maklumat Pemohon” yang terdiri dari informasi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, jantina, umur, alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan bulanan, maklumat bank serta status perkahwinan pemohon.

Kemudian lengkap bahagian “Maklumat Waris” termasuk hubungan, jenis pengenalan, nombor kad pengenalan, nama dan nombor telefon waris.

#5 Lakukan Pengesahan

Selesai mengisi segala maklumat klik pada butang “Teruskan”. Langkah seterusnya adalah menyelesaikan captcha dengan mengisi huruf yang tertera dan tekan sahkan captcha di bahagian pengesahan .

Seterusnya tandakan pengakuan (tanda ‘right’)  untuk paparkan bahagian simpan/hantar.

Langkah terakhir, tekan butang “Hantar”. Anda kemudiannya diberi pilihan sama ada untuk mendaftar akaun atau tidak.

Klik pada butang “Ya” untuk mendaftar akaun, dan klik “Tidak” untuk keluar. Selesai!

Namun kami mencadangkan agar anda mendaftar akaun kerana untuk mengemaskini permohonan di masa mendatang, pendaftaran akaun perlu dilakukan.

Namun semakan status permohonan masih boleh dibuat tanpa pendaftaran akaun. 

Sebagai rekod, permohonan baharu ini akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup. Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

56 mins ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago