Whatsapp Kini Mudahkan Anda Untuk Buang Fail Media Secara Pantas

Kami yakin rata-rata anda pasti menggunakan aplikasi Whatsapp untuk sebarang komunikasi pantas berbanding aplikasi-aplikasi lain.

Malah statistik sendiri menunjukkan Whatsapp tiada tandingannya dari segi penggunanan dimana ia mencatatkan 2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Namun semua pasti bersetuju kalau kami katakan kelemahan terbesar Whatsapp ialah berkaitan ruang storannya dimana ia tiada kaedah pantas untuk membuang lambakan fail media yang tidak lagi pengguna seperti anda dan kami perlukan.

Sebagai contoh ketiadaan butang ‘select all’ atau fungsi ‘delete all’ membuatkan kami kerap tertangguh dalam membuang fail media yang tidak lagi kami perlukan seperti foto, video, audio dan lain lain.

Ini menyebabkan lambakan fail-fail didalam aplikasi ini terus memakan ruang aplikasi sekaligus turut memakan ruangan storan pada peranti anda.

Dan hasilnya peranti anda langsung tidak boleh digunakan!

Leceh bukan?

Namun kini tidak lagi, Whatsapp dengan kemaskini terbaru kini telah hadir dengan pilihan select all yang membenarkan anda memilih semua fail bagi memudahkan anda mengosongkan storan anda.

Cara untuk melakukannya?

Mudah sahaja!

Anda hanya perlu mengemaskini aplikasi whatsapp anda dan fungsi tersebut boleh diakses melalui menu tetapan storan (manage storage)

Untuk ketahuinya tengok video di bawah :

Meskipun video yang dikongsikan di atas menggunakan interface dari Android, pengguna IOS tidak perlu khuatir kerana fungsi sama juga akan hadir untuk peranti anda.

 Anda hanya perlu mengikut langkah ini iaitu : Settings > Data & Storage Usage and data > Manage storage.

Namun sekiranya belum lagi ada kami cadangkan tunggu untuk seminggu dua memandangkan fungsi ini baru sahaja diperkenalkan petang tadi , selasa 3 November.

Buat anda yang sudah boleh komen di media sosial kami ok dan berikan pandangan anda!

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago