Kenyataan MP Bintulu Dakwa DG Dr Noor Hisham Takut Mati Buat Dewan Rakyat ‘Panas’

Majoriti rakyat Malaysia pasti bersetuju kalau kami katakan antara orang yang paling penting dan sentiasa berusaha keras semenjak penularan Covid-19 adalah KP Kesihatan, Tan Sri DR Noor Hisham Abdullah.

Namun siapa sangka usaha dan kerja beliau dan pasukannya seolah dinafikan oleh seorang Ahli Parlimen, Dato Seri Tiong King Sing dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mendakwa Dr Noor Hisham seperti lepas tangan dan tidak turun padang melawat keadaan yang kronik susulan dari Covid-19

Lebih mengejutkan apabila beliau membuat kenyataan bahawa Dr Hisham takut mati dan membiarkan pasukan perubatan berperang bersendirian sewaktu perbahasan di dewan rakyat.

“Saya rasa KKM ada kelemahan. Setiap hari berita mengumumkan ada kluster sini sana, kenapa kita tak lockdown kawasan kluster itu? Kita test semua orang dalam satu tempat, jangan bagi dia orang merebak ke semua tempat.

“Ini Ketua Pengarah buat berita hari-hari saja. Kenapa dia tidak turun padang? Macam Kota Kinabalu yang dilanda Covid. Kenapa dia tidak turun melawat setiap hospital? Jangan hantar frontliners, doktor, jururawat saja pergi sana.

“Oh, dia orang tidak takut mati? Tapi DG takut mati… Timbalan DG pun tak pergi ” katanya lagi.

“Jangan benarkan dia hentam DG”

Dakwaan berkenaan menyebabkan Ahli Parlimen RSN Rayer (Jelutong) terus mencelah dan melontarkan rasa tidak puas hatinya terhadap kenyataan tersebut yang menurutnya adalah tidak beretika malah boleh mencetuskan kemarahan dan sensitiviti.

“Speaker, jangan benarkan dia untuk hentam(salahkan) DG” celah Ahli Parlimen Jelutong

Keadaan bagaimanapun menjadi semakin tegang apabila lebih ramai MP khususnya wakil-wakil PH meminta agar Tion King Sing memohon maaf dan menarik balik kata-katanya

Ketegangan semakin panas RSN Rayer yang dilihat enggan duduk selepas diarahkan berbuat demikian akhirnya memaksa Timabalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Sri Azalina binti Othman Said mengarahkannya keluar dewan.

Tiong King Sing yang kemudian meminta masa tambahan bagaimanapun tidak diendahkan Azalina sebaliknya di beri kata putus untuk menarik balik atau pun menjelaskan maksudnya.

“Saya dengar apa yang Bintulu (Tiong King Sing) cakapkan, Bintulu nak terangkan atau tarik balik? Tetapi tinggal 5 minit. Saya takkan tambah” jelas Azalina lagi.

Dia bagaimanapun enggan menarik dan memaklumkan info berkenaan adalah dari pasukan perubatan sendiri.

“Tak, taknak tarik balik. Ini pun dari Frontliners ” jelas King Sing mempertahankan keyataannya.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

10 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

11 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

12 hours ago