“Saya Rasa Dibohongi” -Tukang Keranda Hanya Jual Meteorit Pada Harga RM 57 Ribu Bukan RM 7 Juta

Baru-baru ini kecoh mengenai seorang tukang keranda yang dikenali sebagai Josua Hutagalung menemui meteorit yang kebetulan jatuh menembusi bumbung rumahnya

Dia yang kebetulan sedang membina keranda dirumah menyaksikan batu dari angkasa sebesar bola sepak tersebut jatuh betul-betul ke dalam rumahnya difahamkan berlaku pada 1 Ogos lalu.

“Saya terkejut dengar suara dentuman itu, lalu saya periksa ternyata ada bongkahan batu besar yang jatuh menimpa atap rumah saya hingga bocor,” kata Josua ya

Dia kemudian bersama isteri terus mengambil batu berkenaan menggunakan cangkul disebabkan keadaannya yang masih panas dan sudah terbenam ke dalam tanah.

Mengetahui yang batu berkenaan sememangnya jatuh dari langit yakni dari angkasa dia kemudian meminta bantuan pakar untuk memeriksa meteorit berkenaan.

Hasilnya dia mengetahui yang batu tersebut dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan merupakan salah satu meteorit yang terhebat pernah ditemukan.

Sudah menjualnya kepada seorang pakar angkasa

Menurut Josua dia bagaimanapun sudah menjual batu berkenaan 17 hari selepas menemuinya iaitu pada 17 Ogos kepada seorang agen pengumpul yang juga pakar batu angkasa, Jared Collins,yang kebetulan berada di sana.

Namun siapa sangka dia hanya menjual batu berkenaan pada harga RP 200 Juta iaitu bersamaan RM 57,000 sedangkan batu berkenaan sebenarnya bernilai RP 26 Bilion (RM 7 Juta).

Malah menurutnya duit berkenaan juga sudah habis digunakan untuk diri sendiri keluarga, anak-anak yatim piatu, juga membina gereja,

“Wangnya sudah habis, cuma RP200 juta,” kata Josua sambil ketawa kepada wartawan BBC Dedi Hermawan.

Namun disebalik ketawa tersebut Josua sebenarnya agak terkejut apabila portal dan akhbar luar negara menggelarnya Jutawan malah lebih mengejutkannya apabila mendapat tahu harga sebenar batu berkenaan.

“Kalau betul (harganya) Rp26 Bilion, saya merasa dibohongi. Saya kecewa,” kata Josua.

Namun menurut Josua tidak semua bahagian yang dijual sebaliknya dia ada meninggalkan sedikit untuk diri dan keluarganya.

Hanya jual 1.8 KG

Difahamkan dia hanya menjual 1,8 KG Dari keseluruhan batu iaitu 2.2 KG. Namun dia sendiri hanya menyimpan kurang dari 5g sebagai kenangan.


“Saya sendiri dapat lima gram, selebihnya saya bagi-bagi ke sanak keluarga. Ada yang dibuat batu cincin,” jelasnya.

Malah dia tidak akan menjual batu berkenaan meskipun mengetahui harga sebenarnya kini.

Berbalik kepada batu yang dibeli Colin pula, ia kini sudahpun disimpan di dalam kotak penyimpanan cecair nitrogen di Pusat Pengajian Meteor Universiti Kebangsaan Arizon selepas ianya dijual kepada seorang lagi pengumpul disana.

Kredit Foto : The SUN / East News Press Agency

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

10 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

15 hours ago