Tular Foto Doktor Peluk Pesakit Covid-19, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Baru-baru ini tular sekeping foto memperlihatkan reaksi spontan seorang doktor yang sedang memeluk pesakitnya, seorang warga emas yang dijangkiti wabak Covid-19.

Foto berkenaan nyata menarik perhatian orang ramai yang tertanya-tanya apakah kisah disebalik foto tersebut.

Doktor didalam foto berkenaan sebenarnya adalah Dr Joseph Varon. Beliau merupakan Ketua Staf di Pusat Perubatan United Memorial di Houston, Texas.

Bercerita mengenai foto tular tersebut Varon menjelaskan situasi spontan itu berlaku sewaktu dia sedang berjalan masuk ke bilik ICU yang menempatkan lelaki berkenaan. Namun sewaktu tiba disana dia terlihat pakcik berkenaan turun dan cuba untuk keluar dari bilik tersebut sebelum dia tiba-tiba menangis.

Kredit: Gempak

“Tiba-tiba warga emas berkenaan menangis. Saya menghampirinya dan bertanya mengapa dia menangis.

“Lelaki itu berkata dia ingin bersama isterinya. Saya hanya mampu memeluk dan menenangkannya. Saya kasihan dan sangat sedih, sepertinya.

“Akhirnya dia berhenti menangis dan tenang semula,” kata Varon.

Malah, Varon turut berpendapat bahawa bilik pengasingan bagi pesakit-pesakit Covid-19 ini agar sukar bagi mereka terutamanya golongan warga emas kerana mereka lebih cenderung berasa kesunyian sehinggakan ada yang bertindak mahu melarikan diri dari bilik tersebut.

“Anda boleh bayangkan, anda berada di dalam ruang di mana orang-orang datang dengan pakaian seperti di angkasa dan lebih kasihan lagi jika pesakit warga emas yang bersendirian.

“Sebahagian daripada mereka menangis dan ada yang cuba melarikan diri, malah semalam ada yang cuba melarikan diri melalui tingkap,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kini keadaan pesakit yang berada di dalam gambar berkenaan sudah semakin pulih dan ia juga turut berharap agar hujung minggu ini pakcik terbabit dibenarkan keluar dari hospital.

Marilah kita sama-sama berdoa agar pandemik Covid-19 ini segera dihapuskan dan sama-samalah kita jaga jarak dan sentiasa mematuhi akan arahan yang dikeluarkan. Ingat, pakai mask juga tau kalau berada diluar.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago