Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rasanya Hilang Deria Bau & Rasa Akibat Covid-19 [Video]

Biarpun penularan wabak Covid-19 ini sudah merebak hingga ke seluruh negara dan dunia, namun masih ada yang tidak mengetahui akan simptom virus tersebut dengan betul. Lebih-lebih lagi, individu yang bergejala pun masih tidak dapat mengenal pasti simptom virus tersebut yang ada pada diri mereka.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Covid-19 merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selsema biasa kepada radang paru-paru yang teruk.

Kredit: TVSARAWAK

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter yang bernama Matthew D Cheung ini berkongsikan pengalamannya yang hilang deria rasa dan bau selepas disahkan terkena jangkitan Covid-19.

Perkongsian tersebut menunjukkan dirinya yang mencuba 5 jenis bahan ke atas dirinya tanpa melakukan sebarang reaksi di mukanya.

Malahan, dia juga turut memberitahu bahawa kelima-lima bahan tersebut terasa seakan ianya hanya minum air sahaja.

Kredit: Twitter/@cheung_md

Meskipun, dirinya tidak dapat merasa sebarang apa pun bahkan bau sekalipun, tetapi perutnya tetap akan memberikan tindak balas terhadap makanan dan minuman yang ditelannya itu.

Tambahan pula, rata-rata perkongsian lelaki berkenaan menarik perhatian ramai disebabkan mereka tidak tahu akan apa yang dilalui oleh individu yang terkena virus tersebut.

Kredit: Twitter/@cheung_md
Kredit: Twitter/@cheung_md
Kredit: Twitter/@cheung_md

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya-tanya jika makan makanan ghost pepper sekalipun adakah pesakit tetap tidak merasakan apa-apa pun kerana hidangan tersebut terkenal dengan kepedasannya yang tidak tertahan.

Kredit: Twitter/@cheung_md

Oleh itu, sama-samalah kita jaga kebersihan diri dan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar. Ingat jaga SOP!

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

5 hours ago