Tak Berbaloi, Lelaki Ini Retak Tulang Tengkorak Demi Konten Tapi Dibuang Youtube Sebab Langgar T&C [Video]

Tidak dinafikan ramai di antara kita kini sanggup melakukan pelbagai jenis konten menarik di Youtube demi mengejar likes dan jumlah tontonan.

Namun disebabkan lambakan video dan kehadiran pereka kandungan yang begitu ramai, peluang untuk meraih tonton yang tinggi dilihat semakin sukar. Justeru satu-satu cara untuk terus mendapat perhatian adalah dengan menghasilkan konten yang gila-gila dan ekstrem.

Itulah dilakukan Saa Fomba, seorang pereka kandungan dari Texas, Amerika Syarikat Demi mengejar konten yang lain dari lain, dia telah merisikokan nyawanya dengan melakukan terjunan ke dalam sungai dari sebuah jambatan tinggi, Pennybacker Bridge.

Ekoran dari aksi lagak ngeri itu, dia kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengalami retak pada tulang tengkorak.

Menerusi video di Youtubenya,Fomba pada mula dilihat memanjat ke bahagian yang paling tinggi pada jambatan berkenaan iaitu Jambatan Pennybacker sebelum mengira 1 sehingga 3 seterusnya melakukan terjunan kedalam Sungai Colorado.

Malah dia sempat menyampaikan mesej kepada kamera meminta orang ramai mengejar impian mereka.

“Semoga video ini memberi motivasi untuk kamu mengejar impian.

“Bagi saya, tidak menyeronokkan jika menjalani hidup dengan cara normal,” katanya sebelum terjun.

Semua aksinya ini dirakam oleh seorang rakan wanitanya dari sebuah kawasan berdekatan.

Namun nasibnya tidak begitu baik selepas tubuhnya terhempas sebaik mencecah ke permukaan air malah jelas kedengaran suaranya mengaduh kesakitan.

Dia yang didalam kesakitan kemudiannya meminta bantuan pada sebuah bot yang berada berhampiran sebelum diselamatkan.

Enggan mengakui kebodohannya, Fomba yang ditemui media kemudian menjelaskan dia berpuas hati dan rasa berbaloi berjaya mengejar impiannya walaupun mengalami kecederaan.

“Ini hari ketiga saya di hospital. Saya masih boleh berjalan walaupun retak pada bahagian tengkorak.

“Beberapa individu menghantar kiriman mesej bertanya adakah berbaloi melakukannya?

“Tiada siapa mahu cedera, tetapi saya berpuas hati kerana dapat merealisasikan impian sendiri,” kata nya dalam satu lagi video berbeza.

Namun semua usahanya itu jelas sia-sia apabila video berkenaan di buang oleh Youtube kerana melanggar terma dan syarat. Bukan itu sahaja dia juga boleh dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatannya merbahayanya itu.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

8 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago