Takut Jadi Beban Pada Anak, Bapa Kanser Limfoma Duduk Dalam Lubang Kubur [Video]

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan kisah trending, berita dan kisah dunia dari dalam dan luar negara.


Siapa je yang tak takut apabila nyawa berada di hujung tanduk betul tak? Apatah lagi jika doktor mengesahkan kita menghidap penyakit kanser. Mesti korang rasa macam hilang arah tujuan kan?

Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas ini apabila ia bertindak mengupah beberapa orang pekerja untuk mengali sebuah lubang kubur khusus untuk dirinya itu.

Difahamkan, lelaki yang berasal daripada China ini hilang segala harapannya untuk sembuh selepas disahkan menghidap barah limfoma.

Tambahan pula, dia yang berusia 79 tahun ini sudah lama kesakitan setelah menjalani beberapa kali rawatan tersebut bagi mencegah penyakit barahnya itu.

Disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin teruk menyebabkan pesakit ini dipercayai cuba menamatkan riwayat hidupnya dari terus menjadi bebanan kepada isterinya dan juga anak-anaknya.

Kredit: Daily Mail

Namun, tindakannya itu tidak berhasil apabila terdapat penduduk kampung yang cuba menghubungi pihak polis dan ianya berjaya dikeluarkan dari lubang berkenaan. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Sabtu yang lalu di Wilayah Hunan selatan China.

Insiden tersebut berlaku ketika lelaki ini dan juga anak lelakinya pergi ke tempat penguburan bagi memeriksanya selepas mengupah beberapa pekerja untuk mengali tanah di kawasan tersebut.

Kredit: Daily Mail

Menurut laporan, warga emas tersebut kemudiannya memanjat ke dalam lubang berkenaan dan menyatakan bahawa iannya akan menunggu untuk mati di sana.

“Dia dalam keadaan kesakitan, dia merasakan seakan dirinya tidak akan hidup untuk masa yang lebih lama,” ujar seorang pekerja yang tidak dikenali.

Dalam pada itu, anak lelakinya cuba untuk memujuk bapanya untuk pulang ke rumah bersamanya tetapi gagal. Malah, anaknya meninggalkannya selepas bapanya memintanya untuk membawakan sedikit makanan.

Kemudian, bapanya bertindak membunuh diri dengan memotong pergelangan tangannya menggunakan sebilah pisau yang dibawa bersama.

Tindakannya itu disedari oleh penduduk setempat yang turut melaporkan kepada pihak berkuasa.

Video yang tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan pegawai cuba masuk ke lubang tersebut sambil cuba untuk mengeluarkan lelaki terbabit dari lubang berkenaan.

Pada awalnya lelaki terbabit kelihatan seperti cuba menentang tindakan beberapa penyelamat di situ, tetapi akhirnya menyerah dan mengikut kembali ke atas.

Susulan itu, dia yang dikejarkan ke hospital itu berada dalam keadaan stabil dan dibawa pulang ke Beijing bersama anak lelakinya pada hari Ahad yang lepas.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

19 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

19 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

19 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

21 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

22 hours ago