“Safawi Akan Buat Comeback” TMJ Dedahkan Safawi Bakal Kembali Ke JDT Musim Depan

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Nampaknya bintang muda bola sepak negara, Safawi Rasid bakal kembali ke pangkuan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk tahun 2021.

Perkara berkenaan dikongsikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT dalam satu temubual bersama rancangan Bola@Mamak.

“Saya rasa Safawi akan membuat come back… 100%”

“Saya berasakan Safawi akan membuat penampilan semula bersama JDT, Safawi akan bersama JDT untuk tahun 2021. 100 peratus.” kata TMJ sewaktu mengulas mengenai persiapan pasukan JDT bagi menghadapi musim 2021

Perkara tersebut pastinya mengejutkan peminat bola tempatan yang sebelum ini kempunan melihat aksi sulung Safawi didalam kesebelasan utama kelab bola sepak Portugal, Portimonense S.C.

Tambah Tunku Ismail pengurusan JDT juga sudah lama membuat persiapan bagi menguatkan jentera mereka bagi 2021 dengan mendapatkan beberapa pemain berbakat antaranya Daniel Amier Norhisham serta pemain muda berdarah kacukan Malaysia- Amerika, Isaac Angking.

“Perancangan untuk mendapatkan pemain bagi musim 2021 telah dilakukan lebih awal lagi, Daniel Amier Norhisham merupakan pemain yang memilik potensi dan kami telah mendapatkan khidmatnya secara percuma selepas kontraknya bersama Felda United telah berakhir.

“Kita sedang berhubung dengan Isaac Angking sementara penyerang dari Argentina (nama yang tidak dapat didedahkan) masih lagi dalam proses akhir untuk menyertai JDT” jelas Tengku Mahkota Johor itu lagi.

Dalam pada itu Tunku Ismail turut memaklumkan sekiranya Mohamadou Sumareh yang kini bermain di Thailand, Tunku Ismail benar ingin kembali bermain dalam Liga M, pihaknya perlu meminta restu dari Pahang terlebih dahulu.

“Jika Sumareh mahu kembali, saya perlu dengan Pahang terlebih dahulu. Saya akan meminta restu daripada pihak Pahang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.”

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

6 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

8 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

9 hours ago