2 Ekor Ikan Laga Berharga 2.5 Juta Rupiah (RM715) Diberi Sebagai Mas Kahwin

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Selalu kita tengok orang bagi wang tunai atau gelang emas sebagai tanda mas kahwin kan? Tapi korang pernah dengar tak kalau ikan laga dijadikan sebagai mas kahwin? Pelik kan, namun ianya benar-benar berlaku tau!

Baru-baru ini, tular mengenai sepasang pengantin yang berasal dari Indonesia apabila pengantin lelaki dikatakan menghadiahkan 2 ekor ikan laga sebagai tanda mas kahwin di hari perkahwinan mereka.

Kredit: Instagram/ @infobekasi.coo

Gara-gara kelainan yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasangan pengantin ini menyebabkan kisah mereka mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial.

“Sepasang ikan laga jadi mas kahwin. Pertama di Bekasi. Mas kahwin itu tidak perlu mahal-mahal. Yang penting pengantin wanita reda. Layak jadi inspirasi bagi yang sukar mencari mas kahwin,” tulis salah seorang pengguna laman Instagram @infobekasi.coo.

Menurut Detik.com, selain sepasang ikan laga yang diberi kepada pengantin perempuan, pihak lelaki turut menghadiahkan perhiasan emas dan juga wang tunai sebagi mas kahwin mereka berdua.

Kata pengantin perempuan yang berumur 25 tahun itu mengatakan idea tersebut datangnya dari suaminya sendiri biarpun pada awalnya ia menyangkakan bahawa suaminya hanyalah sekadar bergurau senda dengannya.

Kredit: IDN Times Banten

Namun, tidak disangka-sangka bahawa suaminya benar-benar mengatakannya. Ikan laga jenis blue rim ini dianggarkan bernilai 2.5 juta Rupiah (RM715), bahkan membela ikan laga itu adalah sebahagian dari hobi suaminya.

“Sayang aku kepada ikan laga itu seperti kasihnya aku kepada orang tersayang,” kata pengantin lelaki kepada isterinya.

Indri dan Rizki dinikahkan pada 12 Disember 2020 di Babelan Kebalen, Warung Ayu, Bekasi, Jawa Barat. Kini, pasangan ini tinggal di kawasan Bantar Gebang, Bekasi, Jawa Barat.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

8 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

13 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

13 hours ago