Kebetulan Berjumpa Selepas Bantu Mangsa Banjir, Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Ikan Patin

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini menzahirkan rasa terharunya atas keperibadian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi beramah mesra dan bertemunya di Temerloh, petang tadi.

Difahamkan pertemuan secara kebetulan itu turut disertai Raja Permaisuri Agong, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di sebuah restoran yang menyajikan ikan patin di sana.

Menerusi satu perkongsian di laman media sosialnya, Ebit menjelaskan ianya berlaku sebaik beliau selesai menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut.

YDPA belanja makan ikan patin

“Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan. Terima kasih.

Sebenarnya sikit bantuan kami berikan di Pahang

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama turut mengagumi kemesraan Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong.

“Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga,” katanya lagi.

Perkara sama turut dikongsikan laman instagram rasmi Istana Negara  yang turut disertakan sekeping foto sewaktu pertemua kedua tokoh berkenaan.

“Pertemuan Seri Paduka Baginda bersama Ustaz Ebit Liew adalah secara kebetulan apabila Al-Sultan Abdullah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong singgah menikmati santapan tengah hari di restoran Patin Station, Temerloh.

“Turut berangkat mengiring, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di restoran tersebut setelah Baginda berdua melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir di daerah Temerloh ” tulis pengendali laman itu lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

9 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

11 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

11 hours ago