Terkejut Nama Dalam Senarai Mangsa Sriwijaya Air, Rupanya Kawan Guna Identiti

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita pesawat komersial Sriwijaya Air yang terhempas selepas hilang dari radar.

Pesawat berkenaan yang sedang menuju ke Pontianak dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas baru sahaja berlepas dari Jakarta.

Pihak berkuasa Indonesia kemudiannya mengeluarkan senarai nama 62 mangsa yang merupakan penumpang dan kabin krew pesawat SJ182 jenis Boeing 737 kepada orang ramai.

Namun di sebalik perkongsian nama mangsa tersebut, seorang gadis menjadi bingung kerana namanya terdapat di dalam senarai berkenaan.

Bukan sahaja tidak menaiki pesawat tersebut, malah Sarah Beatrice Alomau, 19 yang berasal dari Nusa Tenggar Timur dan bekerja di Tangerang, langsung tiada membeli sebarang tiket penerbangan.

Menurut Wakil Ketua Dewan Pimpinan Pusat, Forum Komunikasi Masyarakat (FKM), Fridrik Makanlehi, Sarah hanya menyedari perkara tersebut selepas melihat namanya tertera di Televisyen sebagai salah seorang mangsa korban pesawat berkenan.

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa adik Sarah Beatrice Alomau yang disebutkan dalam kecelakaan pesawat Sriwijaya Air SJ-182 masih hidup dan tiada dalam penerbangan tersebut. Dia kini menetap di Tangerang.

Menurut Sarah yang diwakili peguamnya, dia mengesyaki identitinya telah digunakan oleh seorang rakan untuk menempah tiket penerbangan.

Namun seingatnya dia yang bekerja di sebuah kilang kertas langsung tidak pernah meminjamkan kad pengenalannya kepada Selvin malah kad berkenaan masih lagi ada dalam simpanannya.

Serpihan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas

“Dia mengesyaki rakan sekerjanya yang bernama Selvin Daro dari Daerah Ende menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan ke Pontianak.

“Kami tidak tahu sama ada dia (Selvin) menggunakan salinan fotostat atau imbasan kad berkenaan ketika mendaftar masuk kerana kad yang asal masih ada pada Sarah,” katanya dipetik dari laporan Kompas.

“Kami tidak tahu sama ada dia (Selvin) menggunakan salinan fotostat atau imbasan kad berkenaan ketika mendaftar masuk kerana kad yang asal masih ada pada Sarah,” katanya.

Richard dalam masa sama turut menyoalkan bagaimana Selvin berjaya melepasi prosedur pemeriksaan penumpang walhal dia menggunakan nama individu lain.

“Bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan dan ujian rapid antigen? Kebiasaannya, penumpang perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang sebenar.

“Kami juga mahu syarikat penerbangan memeriksa rakaman CCTV untuk memastikan perkara ini,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

16 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

17 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

20 hours ago