Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Mungkin kedengaran pelik dan janggal buat sesetengah orang, namun tahukah anda baju kebangsaan dan tradisional lelaki melayu iaitu baju melayu, suatu masa dahulu dikenali sebagai baju kurung. lelaki.
Malah panggilan tersebut sebenarnya masih lagi digunakan di sesetengah tempat pada masa kini.
Mula berkuatkuasa pengunaannya sewaktu pemerintahan sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Muhammad Shah, baju kurung lelaki bagaimanapun terdapat sedikit perbezaaan berbanding baju melayu masa kini.
Menerusi Twitter, Mohammad Faeez Harith, seorang peminat dan pengkaji Seni Warisan Alam Melayu telah berkongsi secara ringkas mengenai baju kurung lelaki dan perbezaaannya dengan baju melayu masa kini.
Jadi di bawah kami kongsikan penerangan ringkas dari Faeez Harith untuk anda :
Menurut Faeez, mengikut catatan-catatan oleh pengembara Eropah dari era kesultanan Melayu Melaka, orang lelaki tempatan dilihat memakai sejenis pakaian seakan-akan potongan kemeja atau kot. Walaubagaimanapun tiada maklumat mengenai nama khusus bagi pakaian tersebut.
Namun menerusi catatan buku Busana Melayu(1994) oleh Zubaidah Shawal, pakaian yang dimaksudkan dikenali dengan panggilan ‘Baju Kurung’ sejak dari era pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Melaka (1488-1511). Temenggong Tun Hassan ketika itu membuat berberapa penyeragaman tentang potongan Baju Kurung pada zaman itu.
Jelas Faeez, antara ciri-ciri baju kurung pada zaman itu adalah :
Penggunaaan baju kurung kembali meluas dan dipopularkan di zaman Temenggong Seri Maharaja Abu Bakar (sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor) sekitar tahun 1866, mengikut catatan Mejar Dato’ Hj Mohd Said Sulaiman dalam ‘Pakaian Patut Melayu'(1931)
Ia bagaimanapun lebih popular dengan gelaran Baju Teluk Belanga. Ianya bagi membezakan baju kurung berkenaan dengan potongan baju lain seperti Kebaya dan sebagainya,dengan ciri-cirinya yang khusus bagi lelaki dan perempuan.
Selain itu, ciri jahitan asal pada belahan leher Baju Kurung Teluk Belanga bagi kedua-dua lelaki dan perempuan adalah menggunakan jahitan ‘Mata Lalat’ atau ‘Tulang Belut’
Tambahnya, menurut Pakaian Patut Melayu'(1931) itu lagi, pada asanya tatacara pemakaian Baju Kurung Teluk Belanga adalah dengan cara ‘Berdagang Dalam’ iaitu kain samping dipakai di bawah baju.
Manakala kaedah pemakaian baju berada di dalam kain samping pula disebut ‘berdagang luar’ hanya dikhususkan kepada untuk orang yang berkedudukan, dan kerabat sahaja.
Menerusi carian yang kami lakukan, laman Omar Ali melaporkan baju ini dikatakan direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri. Ianya juga sebagai peringatan perubahan pusat pemerintahan kerajaan Johor dari Teluk Belanga kepada Tanjung Puteri.
Baju Cekak Musang asalnya dipanggil sebagai ‘Baju Wan’ iaitu kependekan dari perkataan ‘Tuan’, amat diperkenankan oleh Tuanku Sultan untuk dijadikan pakaian kehormatan dan khas untuk majlis rasmi dan menjadi ikutan di negeri-negeri Melayu yang lain.
Potongan asal bagi baju ini juga sama seperti Baju Kurung Teluk Belanga, dimana ianya berpesak dan berkekek serta mempunyai sisi yang kembang dan lebar serta kolar yang tinggi dengan dua kocek.
Justeru menurut Faeez, ia tidak lagi menepati ciri asal penamaannya sebagai ‘Baju Kurung’ kerana sifat asalnya adalah untuk ‘mengurung’ aib dan cela yang mungkin terlihat dari bentuk badan pemakainya.
Namun ianya masih bergelar baju kurung di beberapa negeri seperti Johor,Kedah dan beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia termasuk Singapura.
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…
Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…
Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…