“Kami Mendengar Anda” – Twitter Netflix Malaysia Mula Gunakan Bahasa Kebangsaan

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini laman twitter rasmi Netflix Malaysia menjadi perbualan hangat netizen. selepas terdapat gesaan oleh orang ramai khususnya warga Twitter yang mahukan syarikat penstriman tersebut berinteraksi di media sosial dengan menggunakan bahasa kebangsaan.

Mengambil contoh negara luar seperti Jepun, Thailand, Brazil, Belanda dan banyak lagi yang menggunakan bahasa kebangsaan, netizen mula menyuarakan pendapat mereka mengapa Netflix Malaysia tidak melakukan perkara yang sama.

Netflix Belanda

Netflix Korea Selatan

Ini kerana akaun Twitter Netflix Malaysia dilihat sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan untuk beinteraksi bersama pelanggan seperti di bawah :

Netizen yang rata-rata pengguna Netflix Malaysia kemudiannya mula meminta pentadbir akaun tersebut untuk melakukan perkara yang sama dengan negara-negara lainnya – dengan menggunakan bahasa kebangsaan dalam ciapan mereka.

Netflix sudah mula guna Bahasa Malaysia

Terbaru, akaun Twitter mula mencuri tumpuan selepas mereka dilihat sudah mula menggunakan bahasa Malaysia dalam ciapan mereka.

Pentadbir akaun tersebut bagaimanapun dijangka akan bergilir-gilir menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di dalam melakukan ciapan seperti yang ditulis di ruangan bio ‘Netflix, tapi rojak’

“Kami akan menciap lebih kerap dalam Bahasa Malaysia”

“Hi semua, kami mendengar anda. Niat kami semestinya untuk mencetuskan kegembiraan kepada semua- sama ada anda peminat Eleven ataupun Sebelas.

“Mulai hari ini, kami akan menciap lagi kerap dalam Bahasa Malaysia. Jika anda lebih suka Bahasa Inggeris, jangan risau kami tetap adakan ciapan untuk anda juga,” tulis Netflix di laman Twitter mereka pada petang selasa.

Posting-posting tersebut kemudiannya mula menarik perhatian netizen dengan rata-rata mereka menyambut baik usaha netflix dan berterima kasih di atas keprihatin syarikat penstriman berkenaan yang mendengar cadangan penggunanya.

Malah setakat artikel ini ditulis sudah beberapa ciapan mereka dilihat menggunakan bahasa kebangsaan baik yang formal mahupun secara santai.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago