Perlu Kemana-mana Berseorangan? Ini Cara Kongsi Lokasi Semasa Anda Kepada Keluarga Dengan Whatsapp

Semalam negara kita dikejutkan dengan penemuan seorang mangsa yang hanya tinggal tengkorak selepas dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Plus berhampiran Batu Pahat.

Kejadian berkenaan yang berlaku di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh hanya disedari semalam oleh pekerja penyelenggaraan di lebuh raya berkenaan sewaktu mereka sedang melakukan kerja pembersihan longkang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan sebuah korang ramai agar memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini dan lebih berhati-hati semasa memandu.ereta dan satu tengkorak manusia di cerunan tepi sebelah kiri lebuh raya pada 1.10 tengah hari.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan,” kata beliau yang percaya ianya berlaku pada Mei atau awal Jun tahun lalu.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini dan lebih berhati-hati semasa memandu.

Persoalannya apakah cara mudah agar anda dapat meninggalkan jejak atau kesan anda kepada keluarga? Paling mudah pada kami adalah dengan menggunakan aplikasi whatsapp anda.

Ini kerana whatsapp mempunyai fungsi share live location, atau kongsi lokasi semasa anda.

Jadi bagaimana untuk mengaktifkan fungsi share location ? Ikuti perkongsikan kami di bawah untuk mengaktifkan fungsi share location tersebut :

#1 Pastikan whatsapp dapat akses lokasi anda setiap masa

Perkara paling penting adalah memberikan whatsapp akses untuk menjejak lokasi anda setiap masa. Kebiasaannya lokasi kita hanya akan dapat dijejak whatsapp apabila kita menggunakan aplikasi berkenaan.

Namun untuk hal sebegini, mungkin anda boleh beri kebenaran kepada whatsapp untuk mengakses lokasi anda setiap masa, sekurang-kurangnya sehingga anda tiba ke destinasi yang dituju atau selamat pulang ke rumah.

Untuk aktifkannya : Pergi ke Settings phone anda > Whatsapp > Location > Pilih Always

Sekarang whatsapp sudah mendapat akses penuh untuk menjejaki lokasi korang setiap masa meskipun korang tidak lagi menggunakan whatsapp.

#2 Kongsi lokasi anda kepada kenalan/ grup

Buka whatsapp dan pilih contact atau group yang korang ingin kongsi lokasi live.

Tekan button attach (simbol +) > location > share live location > pilih tempoh (15mins, 1jam, 8jam) > tekan send (diwarnakan kuning di gambar bawah)

Selesai! Sekarang kenalan sudah boleh mengetahui lokasi korang dalam tempoh yang korang dah tetapkan tadi. Ingat tetapan ini harus dilakukan semula selepas tempoh waktu yang ditetapkan tamat.

Meskipun gambar di atas menggunakan iphone tetapannya sama buat pengguna Android . Selamat mencuba!

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

33 mins ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 hour ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

1 hour ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

5 hours ago