Menarik! Rupanya Singapura Ada Wang Kertas Yang Papar Wajah Leftenan Adnan

Tanya sahaja pada semua rakyat Malaysia malah Singapura, siapakah askar pada zaman Perang Dunia ke-2 yang paling mereka ingati, pasti rata-rata akan memberi jawapan yang sama iaitu Leftenan Adnan.

Leftenan Adnan atau nama betulnya Adnan Bin Saidi adalah satu simbol keberanian dan ketabahan seorang askar yang memperjuangkan martabat dan hak bangsa dari penjajah.

Malah beliau dan pasukannya turut dijulang sebagai wira atas keberanian mereka menentang kemaraan tentera Imperial Jepun dalam satu peperangan di Pasir Panjang, Singapura atau lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu.

Dipapar pada wang kertas SG$20 Singapura

Namun siapa sangka, keperwiraan dan pengorbanan Leftenan Adnan masih disanjung sehingga ke hari ini oleh warga republik itu apabila wajahnya dipaparkan pada wang kertas $20 negara Singapura.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna @MustaffaAlBakri telah berkongsi foto wang kertas berkenaan kepada orang ramai.

Turut pamer beberapa lagi tokoh S’pura

Semakan kami pada foto wang tersebut, wajah Leftenan Adnan bersama 7 lagi tokoh terdahulu Singapura seperti Munshi Abdullah dipamer di bahagian belakang wang kertas berkenaan.

Selain beliau, potret Presiden Pertama Singapura, Yusof Bin Ishak turut dipaparkan pada ruangan hadapan wang kertas berkenaan.

Wang peringatan khas Bicentennial Singapura

Namun wang kertas $SG 20 keluarkan tahun 2019 ini sebenarnya bukanlah wang kertas biasa. Sebaliknya ia dikeluarkan sempena 200 tahun Singapura atau Bicentennial Singapura.

Ini bermakna wang ini adalah wang khas atau di dalam bahasa Inggeris Commerate notes.

Menerusi laporan Mediacorp, wang yang dilancarkan Presiden Singapura, Halimah Yacob itu adalah gambaran perjalanan Singapura dalam menuju ke arah kemerdekaan selain sebagai tanda penghormatan mereka kepada generasi terdahulu yang membangunkan asas Singapura moden.

Yang pasti wang ini adalah terhad. Pasti menarik kalau kita dapat menyimpannya bukan?

Lagu kebangsaan Singapura masih lagi dalam Bahasa Melayu

Bukan itu sahaja, pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa lagu kebangsaan Singapura juga dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.

Ya lah, dengan majoriti rakyat Singapura fasih berbahasa Inggeris apatah lagi ia dijadikan bahasa rasmi di sana, pasti ramai dari kita menyangkakan lagu kebangsaaan mereka dinyanyikan dalam bahasa itu bukan?

Diberi judul Majulah Singapura, lagu yang digubah oleh Zubir Said pada 1958 ini terus dinyanyikan jutaan rakyat Singapura dalam apa sahaja acara.

Meskipun terdapat terjemahan rasmi yang terdiri daripada beberapa bahasa, mereka tetap mengekalkan nyanyiannya dalam Bahasa Melayu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago