Didakwa Langgar SOP & Rentas Negeri Hadir Kenduri Rakan, Influencer Dicari Polis

Sejak beberapa hari lalu, nama beberapa selebriti media sosial hangat diperkatakan di laman Twitter selepas tular beberapa foto memperlihatkan mereka menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan mereka.

Foto-foto berkenaan yang difahamkan diambil dari laman instagram sebelum mula bertebaran di laman Twitter kemudiannya mula mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

In kerana ramai mendakwa influencer-influencer tersebut merentas negeri untuk menghadiri majlis berkenaan yang difahamkan berlangsung di Kelantan.

Macam mana geng influencer boleh lepas rentas negeri tengok kawan nikah?

Malah turut tular beberapa video memperlihatkan kumpulan mereka berjalan-jalan dan bersantai-santai di tepi pantai.

“Plus without mask”

Malah ada sesetengah netizen mendakwa ada dikalangan mereka yang cuba mengalihkan perhatian netizen dengan menukarkan info pada posting di IG seperti lokasi foto diambil serta waktunya.

Kini sedang diburu polis

Terbaru, Polis Kelantan sedang giat mengesan kesemua mereka selepas pihak mereka menerima satu laporan polis berkaitan kesalahan berkenaan, semalam.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, hasil semakan di Instagram, terdapat beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh individu tersebut menunjukkan rakannya mengambil gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Keadaan itu sekali gus mempersoalkan mengenai pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, sehubungan itu pihaknya sedang mengesan individu-individu terbabit dan kes akan disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.3) 2021.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

10 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

16 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

16 hours ago