Baru-baru ini tular beberapa rakaman insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang Jaya yang difahamkan melibatkan seorang YouTuber, Isarb Hafiz dan rakan-rakannya.
Mula dikongsikan di laman Twitter, video berkenaan kemudian mula tular dan sohor di semua platform media sosial.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman kemudiannya memaklumkan seramai 12 individu termasuk Youtuber terbabit sudahpun ditahan dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang.
Netizen kemudian mula mengaitkan kejadian berkenaan dengan beberapa lagi Youtuber terkenal termasuk Isa Isarb.
Terbaru, Isa menerusi satu video di IG TV tampil memperjelaskan situasi sebenar yang berlaku di pihaknya.
Menurut Isa, dakwaan kononnya terdapat 25 orang memukul seorang lelaki adalah tidak benar sebaliknya ada dikalangan rakannya yang berada disana turut dipukul
Mengakui kesilapan kumpulannya bergaduh pada malam kejadian, Isa bagaimanapun menjelaskan tiada penggunaan kerambit seperti yang didakwa pemilik Twitter berkenaan. Jelasnya perkara itu juga sudah dijelaskan OCPD Subang Jaya menerusi sidang media.
Tambah Isa, isu berkenaan juga sudah diselesaikan pada malam kejadian dimana pihaknya sudahpun berhubungan dengan mangsa pukul iaitu Rahimi dimana mereka berdua bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik selain turut membayar kos rawatannya di hospital.
Namun kes berkenaan tiba-tiba panas di media sosial selepas dikongsikan orang lain. Bingung dengan situasi tersebut Isa menjelaskan dia sendiri tidak mengetahui apakah motif individu terbabit membangkitkan kembali isu yang sudah selesai.
“Hafiz dari awal dah tarik laporan dan Rahimi kemudian turut menarik kembali laporan demi menjaga nama baik Isarb Clan. Sebab tu saya tabik dekat dia”
“Dua dua tarik balik laporan. Malam tu Alhamdulillah dah selesai semuanya. Namun esok kejadian tersebut tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu.
“Kenapa dia muat naik semua itu saya tak tahu, sampai sekarang saya tak tahu sebab saya dah lost contact dengan mereka” kata Isa lagi.
Tambah Isarb, kejadian tersebut menyebabkan pihaknya mengalami kerugian antaranya namanya menjadi buruk, dan perniagaan branding Isarb -nya mengalami kerugian selepas pembeli barangan mereka meminta kembali deposit.
Selain itu dia turut kehilangan 30,000 subscribers saluran youtubenya selepas ramai memilih untuk menghentikan langganan di saluran Youtubenya.
Bersyukur kes berkenaan sudahpun selesai, Isa yang sekali lagi menegaskan sudah menjelaskan semua yang berlaku pada malam tersebut turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua mereka yang terkesan.
Mengakui menyesal dengan apa yang berlaku Isa turut berjanji akan memperbaiki dirinya di masa akan datang.
“Jadi ini lah apa yang terjadi sepanjang tiga hari lalu. Alhamdulillah semua pun dah selesai. Terima kasih juga kepada PDRM kerana cepat bertindak.
“Minta maaf kepada semua yang terkesan disebabkan benda yang berlaku. Sepatutnya kita perlu tunjuk contoh yang baik tapi itulah, bertindak ikut emosi, darah muda. Saya cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Ikuti video penjelasan penuh di bawah :
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…