Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Bergelar seorang pelajar sekolah, antara saat menyeronokkan yang paling ditunggu adalah sewaktu menyambut ‘kemerdekaan’ sebaik selesai menjalani kertas terakhir didalam peperiksaan.
Memandangkan kita sudah semakin hampir dengan penghujung musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka banyaklah perkongsian mengenai para pelajar yang sudahpun selesai menjalani kertas peperiksaan terakhir mereka.
Ada yang bertindak kreatif dengan menconteng baju dengan lukisan-lukisan menarik dan ada juga yang bertindak ‘diluar jangkaan’ dengan perkara-perkara pelik seperti berpesta dengan menunggang motosikal secara melulu dan berkumpulan.
Namun sejak semalam tular satu foto menarik memperlihatkan aksi pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi melakukan sujud syukur beramai-ramai di dalam dewan peperiksaan.
Foto tersebut yang berlegar di media sosial difahamkan mula dikongsikan guru kepada pelajar-pelajar terbabit, Hafizi Amran, sehinga menyentuh hati masyarakat khususnya para ibu bapa dan guru.
Ini kerana tindakan pelajar MTD ini berbeza berbanding dengan rakan sebaya yang lain, meraikan detik menggembirakan ini dengan penuh kesyukuran dan berterima kasih kepada Tuhan.
Mengakui sebak dan tersentuh dengan tingkah laku mereka,guru tersebut Hafizi turut mendedahkan pelajar disana sememangnya berdisiplin malah begitu menghormati guru-guru mereka.
“Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Putera tersangat berdisiplin dan hormat kami. Senang kami untuk jaga putera ini semua. Walaupun kami baharu mengenai putera ini, namun rasa sayang dan terhutang Budi pada putera ni.
“Bila putera jumpa kami, mereka akan hormat tidak sama dengan kebanyak murid zaman sekarang.
“Putera ini tidak banyak kerenah. Bagi je kertas peperiksaan mereka akan tunduk dan tekun menjawab. Bila siap barulah angkat kepala. Yang keluar pergi tandas boleh bilang dengan jari dari hari mula jaga SPM sehingga ke kertas terakhir.
“Tapi yang paling tersentuh bila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas tadi. Suci murni hati mereka. Kita boleh beza orang yang hormat pada ilmu dengan orang tidak hormat.
“Cikgu Piji doakan kejayaan kamu semua putera MTD. Ingat pesan Cikgu jaga Solat dan jaga agama. In Shaa Allah kejayaan dan kemanisan akan muncul kelak. Teruskan berdisiplin dan hormat pada semua orang” kata pendidik itu lagi.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…