Tular Kisah X50 Kemalangan Hingga Total Loss Dipandu Sales Advisor, Wanita Ini Perjelas Kisah Sebenar Yang Terjadi

Siapa yang tidak seronok dapat kereta baru bukan? Hari yang mengujakan pastinya sewaktu ‘delivery day’ dimana hari pertama anda bakal memiliki kereta tersebut secara rasmi.

Namun tidak semuanya berakhir dengan cerita indah, antaranya kisah yang berlaku baru-baru ini.

Sejak semalam tular di media sosial kisah sebuah kereta Proton X50 yang dipandu seorang sales advisor terlibat dalam kemalangan hingga total lost sewaktu ianya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pelanggan yang tinggal di Johor Bahru.

Mula dikongsikan seorang pengguna Facebook, Puteri Topsales kisah berkenaan kemudian mula tular sehingga menarik perhatian ramai.

Kereta patut dihantar ke JB

Menurut wanita ini, Puteri dia sebenarnya merupakan bekas Sales Advisor bagi syarikat tersebut. Namun atas dasar kepercayaan, dia masih lagi berurus niaga dengan pelanggan yang sudah berurusan dengan nya sejak 4 bulan lalu.

“Assalamualaikum . Cukup cukup lah viralkan berita yang tak sahih ni . Saya akan berikan info yang betul . Saya disini ingin membuat pengakuan ya benar ini adalah customer saya .

“Saya telah berurusan dengan customer ni dari 4 bulan lepas . Saya adalah bekas sales advisor proton tapi masih lagi berurus niaga menjual kereta diatas kepercayaan customer ”

Kereta pelanggan dipandu ***, manakala Puteri pandu kereta ***

Memandangkan statusnya sebagai bekas Sales Advisor, dia pada hari kejadian dimaklumkan tidak dibenarkan untuk menghantar kereta customer sendirian. Justeru seorang dari sales advisor, ***telah diarah kesana untuk menemani wanita ini bagi tujuan penghantaran dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru .

*** kemudian telah memandu keluar kereta X50 berkenaan manakala Puteri pula memandu kereta milik ***. Ianya turut disaksikan pengurus bilik pameran tersebut.

Namun sebaik keluar *** hilang dari pandangan Puteri. Selepas berjaya dihubungi, *** yang diajak untuk berjumpa untuk konvoi bersama ke Johor Bahru menolak dan meminta wanita tersebut untuk meneruskan perjalanan dulu.

“Kereta customer ni di daftar pada 1/3/2021 dan merancang untuk deliver dari KL ke JB pada 6/3/2021 . Oleh sebab saya bukan lagi authorised staff proton disitu, pada hari kejadian, saya diberitahu tidak dibenarkan menghantar kereta customer sendirian. *** sebagai SA disitu yg menemani dan membawa kereta X50 tersebut .

Manager jadi saksi

“Pada jam 3 ptg , kami mula bertolak keluar dari showroom . Manager sebagai saksi yg *** membawa kereta X50 tu dan saya membawa kereta *** . *** keluar dulu dan terus hilang entah ke mana .

“Apabila saya call , dia memberikan alasan dan dia meminta saya untuk terus jalan dulu . Sebelum itu saya telah beritahu lokasi penghantaran ” kata Puteri

Dia yang sudahpun menghantar lokasi pelanggan pada jam 5 petang dan sudah tiba di Tol Skudai JB pada jam 7 petang bagaimanapun tidak mendengar sebarang khabar berita dari bekas rakan sekerjanya itu.

“Pada jam 5.30 saya menghantar lokasi customer kepada *** dan *** telah memberitahu saya yang dia telah sampai melaka dan masih meneruskan perjalanan . Saya telah berhenti di RNR dua kali dan pada jam 7 ptg saya telah keluar tol skudai jb, namun ***masih senyap tanpa khabar berita”

Telefon lebih 40 kali tak berjawab

“Saya terus menghubungi *** sehingga pukul 8 PM ***kata dia telah masuk segamat dan saya menganggarkan dalam pukul 10 malam sampai JB . Saya terus menghubungi *** melebihi 40 kali tapi tak dijawab.

11 malam dapat tahu dari pelanggan sendiri kereta terlibat kemalangan

Namun siapa sangka selepas 3 jam menunggu puteri dikejutkan dengan panggilan oleh pelanggannya yang memaklumkan kenderaan tersebut telah terlibat dalam satu kemalangan dan mengalami total loss.

“Pada jam 11 malam , saya mendapat panggilan telefon oleh customer saya sendiri yg *** telah memberitahu beliau yg kereta accident teruk sehingga TOTAL LOST ! di kawasan segamat dan *** telah membuat pengakuan di balai yang dia telah membawa kereta customer saya pada kelajuan 180 km/h .

*** juga tidak jujur kerana telah memutar belitkan fakta dan dia telah menipu saya . Alasan dia tidak masuk akal dimana dia sebenarnya telah lalu jalan Karak dan hampir pusing di Dungun sedangkan destinasi kami adalah menghala ke JB .

Dia memberitahu yg waze dan maps adalah salah ! Cerita sebenar telah dibuat pengakuan oleh *** sendiri di balai dikelilingi ramai saksi . Oleh sebab itu , *** wajib bertanggungjawab diatas kecuaian dia memandu kereta customer . Segala kerugian perlu dibayar oleh *** .

Sudah buat laporan polis

Bagi menjaga nama baiknya, Puteri difahamkan telah membuat satu cover report polis selain sebagai bukti kesalahan bukan dari pihaknya.

“Di sini saya sertakan report polis yang saya telah buat untuk cover diri dan bukti kesalahan dari *** bukan dari saya . Saya harap semua tidak mendengar hanya dari sebelah pihak.

“Saya juga harap penjelasan saya ni dapat membersihkan nama dan reputasi saya . Kes masih dalam proses . ***sebagai pemandu alhamdulillah selamat dan tiada mengalami sebarang kecederaan , belum arwah lagi .

“Bagaimana kemalangan tu berlaku hanya *** seorang je tahu kejadian sebenar . Tapi berdasarkan gambar yg kita lihat , betapa hebatnya X50 demi melindungi pemandu . #X50 telah memenangi 5star NCAP . Tiberr promote pulak . Namun, saya sangat terkilan dengan apa yg jadi . Mungkin cerita ini boleh diambik iktibar dan pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati hati ” katanya lagi.

Untuk posting asal rujuk di bawah :

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

14 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago