Penjual iPhone Berjaya Diselamatkan Polis Selepas 5 Hari Dilarikan & Dikurung ‘Pembeli’

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak minggu lalu kecoh pengguna media sosial mengenai berita kehilangan seorang lelaki yang juga seorang penjual iPhone sewaktu sedang berurusan dengan pembelinya.

Mula diwar-warkan di Instagram oleh adiknya, @myrasudirman_ , lelaki tersebut difahamkan hilang sewaktu sedang membuat penghantaran secara COD (Cash on delivery) 3 unit peranti iPhone 12 bernilai RM 16,000 kepada seorang ‘pembeli’ di di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi.

Keluarganya yang buntu dan risau kemudian berkongsi info mengenai lelaki terbabit dan mohon bantuan orang ramai  sekiranya ada yang terjumpa dengannya.

Terbaru selepas hampir seminggu hilang, pemuda tersebut akhirnya berjaya ditemui dan diselamatkan oleh (PDRM)Polis Diraja Malaysia di sebuah lokasi di Ayer Keroh,Melaka.

Mangsa, Muhammad Amirul, 25 sama sekali tidak tidak individu yang mendakwa ingin membeli peranti yang dijualkan mempunyai niat tidak baik untuk memerangkapnya.

5 hari dikurung, hanya beberapa kali di beri makan

“Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan” kata Amirul

Mengimbau kembali apa yang terjadi, Amirul menjelaskan dia pada Sabtu hari kejadian trleah bertemu dengan lelaki tersebut sekitar 7.30 malam untuk penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone tersebut.

“Saya ketika itu tunggu hampir sejam kerana lelaki itu memberi alasan ingin mengeluarkan wang terlebih dahulu.

“Sebaik dia tiba, lelaki itu meminta saya mengikut dia masuk ke dalam keretanya di parkir di bawah banggunan itu kononnya tidak mahu orang nampak ketika mengira wang yang dibawanya itu,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Disembur cecair penyembur nyamuk & ditumbuk

Namun sewaktu berada di dalam kereta ‘pembeli’ tersebut dan dua lagi individu, si pembeli telah menyembur matanya dengan penyembur nyamuk dan menumbuk mukanya sebelum mulut dan tangannya diikat dengan pita pelekat.

“Saya cuba menjerit meminta pertolongan ketika itu namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi.

“Saya kemudian diberi 10 biji ubat dan dipaksa makan menyebabkan mula dalam keadaan separuh sedar,” katanya lagi.

Dari Sg Besi, Dibawa & Dikurung di Melaka

Dia kemudian terus dibawa ke sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka dan dikurung di sana bersama lelaki lain dipercayai rakan kepada individu terbabit yang menyamar dengan mendakwa mereka adalah anggota polis.

“Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.

“Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan,” katanya lagi.

Lima hari terkurung, dia bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis. Berita mengenai penemuannya telah dimaklumkan kepada bapanya, Sudirman Daek, 50, sekitar 12.30 malam tadi.

“Saya bersyukur anak selamat dan berterima kasih kepada pihak polis yang mengesan dan menyelamatkan anak.

“Difahamkan mereka yang melakukan perbuatan itu ke atas anak saya sudah ditahan polis dan tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro yang menyiarkan berita kehilangan anak,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan kejayaan mereka menyelamatkan mangsa.

Difahamkan mereka akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian menyelamatkan Amirul dalam masa terdekat.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

20 hours ago