Membanggakan! 3 Rakyat Malaysia Yang Terlibat Dalam Filem Disney, ‘Raya and The Last Dragon’

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui yang pawagam sudahpun dibuka kepada orang ramai sejak 5 Mac lalu. Justeru banyak filem menarik yang sebelum ini ditunda sudah mula ditayangkan.

Antara filem yang pastinya menjadi pilihan orang ramai khususnya kanak-kanak tidak lain dan tidak bukan iaitu animasi Raya and The Last Dragon, hasil tangan pertama berinspirasikan budaya Asia Tenggara yang dibawakan Walt Disney Animation Studios.

Namun topik kali ini bukanlah mengenai jalan cerita Raya and The Last Dragon mahupun kualiti animasinya yang tidak perlu dipertikaikan lagi, sebaliknya mengenai penglibatan beberapa rakyat Malaysia didalam filem berkenaan.

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang turut terlibat didalam filem berkenaan ? Nak tahu siapa jom ikuti perkongsian kami di bawah :

#1 Adele Lim (Penulis)

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak. Namun kami dengan rasa bangganya tetap mahu berkongsi kepada anda bahawa penulis bagi animasi tersebut adalah Adele Lim, seorang produser dan penulis dari Malaysia.

Bukan calang-calang peranannya kan?

Adele Lim bukan satu nama asing lagi di Hollywood, malah dia sebelum ini sudah pun mencipta nama sebagai penulis skrip bagi filem Crazy Rich Asian.

#2 D’Lun Wong (crowd artist)

(Pictured) D’Lun Wong. © 2021 Disney. All Rights Reserved.

Memandangkan latar belakang filem ini adalah bertemakan kehidupan sebuah negeri di Asia Tenggara. Orang yang paping cocok dengan peranan ini pastinya adalah orang Asia tenggara sendiri bukan?

Yang menariknya orang yang diberi tanggungjawab tersebut adalah seorang crowd artist dari Sungai Siput, Perak, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, D’Lun Wong.

Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, D’Lun Wong yang bertanggungjawab mengendalikan hal-hal seperti background atau latar belakang filem tersebut telah menyelitkan beberapa ‘lokasi’ atau elemen yang cukup sinonim dengan Malaysia pada filem tersebut antaranya ‘Pasar Malam’

Namun ini bukan hasil tangan pertama D’Lun Wong dalam dunia animasi, sebaliknya dia sudahpun terlibat dalam industri Hollywood dan portfolio terbesarnya ialah Frozen 2.

Difahamkan dia juga turut terlibat dalam filem ‘Encanto’ yang juga akan dilancarkan pada tahun ini, dan satu sebuah projek filem bagi Zootopia di taman tema Shanghai Disneyland.

#3 Yonnyboii (Penyanyi)

Nama yang semakin mendapat tempat dalam industri nyanyian di Malaysia khususnya oleh golongan muda. Jangan terkejut yang Yonnyboi turut terlibat didalam filem ini.

Yonnyboi bersama tiga lagi penyanyi dari Asia Tenggara iaitu Raisa dari Indonesia, Matthaios (Filipina) dan Sprite (Thailand) telah terpilih untuk menyanyikan runut bunyi bagi filem ini yang berjudul Trust Again.

Lebih menarik apabila bintang muda ini turut diberi peluang untuk menulis satu rangkap lirik bagi lagu tersebut.

Video lirik lagu Trust Again sudahpun dilancarkan pada 12 Mac lepas manakala muzik video pula bakal dipertontonkan kepada orang ramai pada akhir bulan ini.

Recent Posts

  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 min ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 hour ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

6 hours ago