“Saya Minta Maaf” – Nyanyian Terkucil, Nabila Razali Akui Sudah Beri Persembahan Terbaik Di AJL35

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) sudah pun melabuhkan tirainya dengan kemenangan mutlak milik komposer Ezra Kong, Noki, dan Loca menerusi lagu Gila nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff.

Ramai beranggapan mereka sememangnya layak bergelar juara disebabkan keunikan pada melodi dan liriknya yang ‘mendalam’ .

Selain Gila yang dinobatkan sebagai juara, AJL35 turut menyaksikan lagu Semalam ciptaan dan nyanyian, Aina Abdul meraih tempat kedua manakala  Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita di tempat ketiga.

Namun disebalik kemenangan tersebut, pengguna di media sosial khususnya Twitter hangat memperkatakan mengenai nyanyian Nabila Razali yang dikatakan terkucil sewaktu membawakan lagu Peluang Kedua di pentas akhir tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, Nabila yang ditemui usai acara tersebut menjelaskan banyak ruang yang masih boleh diperbaiki namun mengakui ia adalah persembahan terbaik darinya

Persembahan terbaik untuk saya

“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

“Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.

“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.

“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya kepada Harian Metro.

“Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri,” katanya.

Nabila yang ditemui media ketika itu juga mengakui belum memeriksa telefonnya dan berharap apa sahaja perkara yang baik berbangkit di media sosial adalah yang baik- baik sahaja.

“Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.” kata Nabila lagi.

Mohon Maaf Pada Hael

Nabila Razali, menerusi Twitter bagaimanapun memuat naik satu perkongsian memohon maaf kepada rakannya, penyanyi Hael Husaini yang juga merupakan komposer bagi lagu Peluang Kedua.

Menerusi tweet tersebut, Nabila menjelaskan yang dia sudahpun mencuba yang terbaik..

“Saya sudah cuba yang terbaik. Saya minta maaf Hael Husaini”

Apa-apa pun tahniah Nabila dan Hael. Bukan senang nak sampai ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago