Lagu Gila ciptaan Noki, Loca B, dan Ezra Kong mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi.
Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, dan trofi.
AJL35 turut menyaksikan lagu Semalam ciptaan dan nyanyian, Aina Abdul meraih tempat kedua sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000.
Tempat ketiga pula disandang lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Mereka membawa pulang wang tunai RM20,000, dan trofi.
Bagi kategori Vokal Terbaik, Ernie Zakri menerusi lagu Gundah menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai pemenang yang turut membawa pulang wang tunai RM12,000, dan trofi .
Selain itu, Eh nyanyian Zizi Kirana turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang RM 12,000, trofi dan baucer McDonalds selama satu tahun.
Senarai penuh pemenang :
Juara: Gila – Kaka Azraff, Noki dan Loca B
Tempat ke-2: Semalam – Aina Abdul
Tempat ke-3: Belenggu Rindu – Jamal Abdillah & Wany Hasrita
Vokal Terbaik: Gundah – Ernie Zakri
Persembahan Terbaik: Eh! – Zizi Kirana
Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang:
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…