Yamaha Lancar Y16ZR 2021 Dengan Harga Bermula RM10,888

Selepas sekian lama menanti, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam telah melancarkan secara rasmi supermoped generasi baharu Y16ZR VVA (2021) dengan harga asas RM10,888 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran) untuk pasaran tempatan.

Berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dan disiarkan secara langsung di Youtube Yamaha Motor Malaysia, Yamaha memaklumkan model ini akan dijual sekali dengan model Y15ZR yang telah pun berada di pasaran.

Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu kelabu, biru dan kuning, Yamaha Y16ZR 2021 ini tampil dengan perubahan ketara dari segi penampilan, serta turut merangkumi aspek mekanikal motosikal moped itu sendiri.

Malah ia boleh dikategorikan sebagai jentera 155cc paling berkuasa di pasaran sekarang, selain dari ciri-cirinya yang menarik.

Perincian Y16ZR

Dibawah kami kongsikan perincian Y16ZR VVA (2021):

  • Menggunakan trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC VVA penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4 Nm @ 8,000rpm serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Dilengkapi ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang jarang ditawarkan dalam segmen kapcai bawah 200cc pemasangan tempatan (CKD).

  • Menggunakan sistem kunci pintar (keyless) dan soket kuasa 12V untuk mengecas peranti pintar seperti telefon pintar.

  • Sistem brek menggunakan brek cakera pada kedua-dua roda. Sama seperti versi Vietnam tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) disediakan.
  • Rekabentuk menampilkan gari badan lebih sporty yang mengambil ilham gaya superbike YZR-R1 untuk membantu meningkatkan faktor aerodinamik dan mengurangkan kesan seretan angin ketika menunggang. Pelana lebih menjungkit ke belakang berbanding Y15ZR, manakala ekzos diposisikan lebih rendah.
  • Ada lampu siang (DRL) seperti kening mata pada fairing depan, manakala sistem pencahayaan menggunakan LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang dan signal belok.
  • Kluster instrumen jenis LCD digital penuh dengan paparan spidometer, takometer, posisi gear, jarak tunggangan, bar petrol dan set indikator petunjuk serta amaran.
  • Saiz tangki minyak dipertingkat kepada 5.4 liter berbanding 4.2 liter sebelum ini. Isian tangki minyak penuh mampu mencapai jarak tunggangan maksimum 256km.

Selain itu setiap model yang bakal dibukan jualannya bermula 31 Mac ni akan turut menerima i dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana yang pertama)

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

6 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

7 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

7 hours ago