“Ia Termasuk Perjudian”- Mufti Perlis Perjelas Hukum Bermain Mesin Claw

Sebagai seorang Muslim, kita mesti tahu bahawa judi adalah satu perkara yang haram di sisi Islam.

Beberapa jenis judi yang kita semua tahu adalah permainan nombor ekor dan juga permainan di kasino-kasino. Namun masih adakah permain-permainan lain yang turut dikategorikan sebagai berjudi?

Nampak macam sudah tiada bukan sejak permainan tikam tidak lagi dimainkan? Namun permainan dengan konsep ini sebenarnya masih lagi berleluasa dan ia kerap dijumpai di pusat beli belah dan juga pusat hiburan kanak-kanak. Malangnya ramai yang tak menyedarinya.

Mainan yang kami maksudkan adalah mesin claw, sejenis permainan mesin patung kanan-kanak yang begitu popular di kalangan kita.

Perkara itu didedahkan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya.

Fatwa tentang mesin permainan anak patung kanak-kanak
1. Mesin permainan kanak-kanak (K* **N) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian.

2. Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

3. Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa.

4. Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

(Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.)

Perkara sama turut dikongsikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Perkara sama turut dikongsikan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2019 dimana hukum permainan mesin claw ini adalah haram dan dilarang.

Ini kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar.

Di samping itu, permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

18 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

18 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

18 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

20 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago