Akui Kecewa Dikritik Rakan Artis, Namun Nabila Razali Tak Akan Berhenti Menyanyi

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Ekoran dari insiden ‘terkucil’ sewaktu beraksi live di Anugerah Juara Lagu (AJL35) tempoh hari, Nabila Razali teruk dikritik netizen.

Malah disebabkan kejadian berkenaan, terdapat desas desus yang mengatakan bahawa dia akan mengundurkan diri dari dunia nyanyian.

Ianya berlaku selepas beberapa pihak mentafsir kenyataan Nabila di IG Stori-nya yang berbunyi ‘but i think, this is it‘ (saya rasa cukuplah) seolah-olah mahu meninggalkan industri seni akibat tidak tahan dengan kecaman pelbagai pihak.

Namun terbaru Nabila, atau nama penuhnya Nur Nabila Razali tampil menjelaskan yang kejadian berkenaan tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyanyi malah dia sendiri tidak akan untuk bertanding lagi di pentas berprestij itu jika lagunya tercalon.

“Insiden itu bukan titik noktah untuk saya berhenti daripada perjuangan dalam industri ini sebab menyanyi memang perkara yang saya suka buat. Saya buat ini pun adalah demi keluarga dan juga diri sendiri.

“Tipulah kalau cakap saya tidak menangis, memang saya menangis lepas lepas buat persembahan dan sehari selepas AJL35 memang saya habiskan masa untuk lepaskan semua kesedihan itu dan kemudian bangkit semula,” katanya.

Kecewa rakan artis turut kritik

Namun disebalik kejadian tersebut, penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata dia berasa sedikit kecewa apabila ada di kalangan rakan artis memperkecilkan kemampuannya dengan mengkritik secara terbuka kesilapan yang dilakukannya.

Keadaan ini sekaligus us memberi pengajaran kepada dirinya dalam menilai seorang kawan atau lawan.

“Sebagai seorang manusia biasa, kita tak boleh kawal apa yang akan berlaku, saya dah berlatih tapi insiden itu dah pun terjadi dan ia di luar kawalan saya.

“Apa yang saya kesal ialah tak sangka orang yang mencari rezeki dalam bidang yang sama turut berbual pasal benda negatif sedangkan kami berkongsi periuk nasi yang sama.

“Sekurangnya insiden macam ini mengajar saya untuk tahu yang mana kawan dan yang mana lawan saya. Ada yang tidak mengenali saya tapi bercakap seolah mengenali saya daripada kecil,” katan

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago