Hilang Tempat Berteduh, Perkongsian Ibu Tunggal Ini Undang Sebak Netizen

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen Bukit Mertajam Yang Berhormat (YB) Steven Sim Chee Keong telah membuat sebuah posting di laman Facebooknya. Dia telah melawat seorang ibu tunggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang kehilangan tempat berteduh kerana tidak mampu untuk membayar duit rumah sewa.

Sewaktu kunjungan dilakukan, wanita tabah ini iaitu Rosliza Hassan, 37 telah membungkus barangan mereka dan duduk di luar rumah kerana buntu dengan nasib mereka dan tidak mempunyai tempat untuk dituju.

Foto: FB YB Steven

Namun, ibu kepada 10 orang anak ini telah dijanjikan sebuah rumah yang akan didapatkan pada hari yang sama sebelum menjelang waktu malam.

Keluarga tersebut kemudiannya dibawa oleh YB Steven untuk membeli barang keperluan harian di Tesco Bukit Mertajam sebagai bekalan sepanjang bulan Ramadhan sehingga hujung Syawal.

Foto: FB YB Steven

Malahan alat permainan turut dibelikan untuk anak-anak kecil Rosliza. Selain itu, anak perempuannya yang sedang belajar di sekolah menengah telah dihadiahkan sebuah tablet untuk kegunaan pembelajaran atas talian.

Foto: FB YB Steven

Bukan itu sahaja, baju raya juga dibelanjakan kepada keluarga tersebut untuk diperagakan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Foto: FB YB Steven

Pendapatan Bulanan Tidak Cukup Untuk Mencari Kediaman Baru

Menurut laporan Harian Metro, wanita itu menjelaskan bahawa mereka bukan dihalau, tetapi diminta untuk mencari penempatan lain kerana rumah itu telah dijual kepada orang lain.

“Saya tiada pilihan melainkan berpindah dan mencari penempatan lain. Tapi dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah, ia tidak mencukupi untuk mencari kediaman baru.”

“Saya menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak 2011 dan wang itu yang digunakan untuk membayar sewa rumah.”

Ujarnya, dia sangat buntu apabila diminta untuk keluar dari rumah sewa kerana tidak mempunyai simpanan untuk membayar wang pendahuluan. Tambahnya lagi, anak sulung dan keduanya yang masing-masing berusia 21 serta 20 tahun bekerja sebagai pembantu di kedai makan tetapi pendapatan mereka adalah tidak seberapa.

Foto: FB YB Steven

“Jadi bagaimana kami mahu berpindah ke rumah baru. Mujurlah ada Keow dan terima kasih saya ucapkan kepada YB Steven kerana prihatin dan membantu kami sekeluarga.”

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

7 mins ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

31 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

39 mins ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

3 hours ago