Bengang Dicucuk Rapat, Ambulans Guna Pembesar Suara Minta Polis Saman Pemandu Hilux

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tidak dinafikan pemandu ambulans di Malaysia kerap ‘diuji’ dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab.

Tahun ini sahaja dua kes yang menjadi perhatian orang ramai iaitu membabitkan sebuah Naza Forte dan sebuah Proton Wira dimana kedua-duanya menghalang laluan ambulans yang berada di dalam kecemasan.

Namun terbaru, lain pula situasinya dimana sebuah pikap jenis Toyota Hilux dilihat sentiasa mencucuk rapat sebuah ambulans dipercayai untuk mengelak dari tersangkut didalam jem.

Mula dikongsikan di laman TikTok oleh seorang pemandu Ambulans, Azman Roy video ini kemudian mula tular dan sohor ke semua media sosial lainnya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat Hilux mengambil kesempatan dengan mencucuk rapat belakang ambulans berkenaan yang sedang berada di dalam mod kecemasan.

Namun selepas beberapa ketika, terdengar pemandu ambulans berkenaan memanggil sebuah kereta peronada yang kebetulan berada di sana memintanya menahan dan menyaman pemandu Hilux tersebut.

“Encik polis tolong saman (kereta) belakang ini cik polis, dia ikut dari tadi” kata pemandu Ambulans berkenaan menggunakan pembesar suara ambulans tersebut.

Pengumuman tersebut menyebabkan kereta berkenaan dengan serta-merta memperlahankan kenderaannya dari mencucuk rapat jentera berkenaan.

@hikumi_85

Balas kepada @falnazri original video 😂😂😂…

♬ bunyi asal – Azman Roy760

Kenderaan polis jenis Outlander itu pula kemudian dilihat mencelah di belakang ambulans sebelum memperlahankan Hilux berkenaan dan kenderaan lainnya.

Ttindakan spontan yang dilakukan ambulans tersebut dan kerjasama yang diberikan polis berkenaan membuatkan orang ramai berpuas hati dan merasakan pemandu pijap tersebut akhirnya termakan dengan sifat penting dirinya sendiri.

Terus dia berhenti terkedu

Ambil kesempatan saja tahu

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago