Kurang Dari 4 Bulan, Sambal Nyet Khairul Aming Cecah Rekod Hasil Jualan RM1 Juta!

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bagi peminat tegar Khairul Aming, pasti anda tahu bahawa dia sudah mempunyai produk makanan sendiri yang diberi nama Sambal Nyet.

Baru-baru ini, Khairul Aming yang mula dikenali dalam dunia sosial media sekitar tahun 2019 itu meluahkan rasa terharu apabila hasil jualan perniagaan sambal miliknya itu telah mencecah sehingga RM 1 juta.

Menariknya, beliau telah mencipta fenomena baharu apabila hasil jualan tersebut diperoleh hanya kurang dari empat bulan sejak ia mula dipasarkan di media sosial.

Kongsi post mortem jualan

Menerusi perkongsian Khairul Aming di laman Twitter, dia mengatakan bahawa telah mengorbankan banyak perkara untuk berada pada tahap ini dan dalam masa yang sama turut berharap sekiranya Allahyarham bapanya masih ada untuk menyaksikan kejayaan tersebut.

“Selepas 3 bulan lebih Sambal Nyet dijual, alhamdulillah hari ni kita dapat reach sales 1 juta ringgit. I’ve sacrificed a lot to follow this journey, and i wish my dad is still around to see this today. kalau korang sudi, boleh baca post mortem 1 million ni.”

Susulan kejayaan beliau menjual produk makanannya itu, Aming turut berkongsi hasil ‘post-mortem’ perniagaannya melalui thread tersebut.

Jadikan modal untak tingkatkan kualiti

Walaupun telah cecah pendapatan yang agak banyak, Aming mengatakan akan menggunakan sebahagian besar hasil jualan tersebut sebagai modal seterusnya dan ingin menambah baik kualiti dan rasa Sambal Nyet.

Selain daripada itu, influencer yang begitu sinonim dengan ayat “Hey what’s up guys,”ini juga telah sasarkan target untuk menghasilkan lebih kurang 100 ribu botol setiap sebulan mulai bulan April ini.

“80% of the revenue ni aku roll balik into the business. Warehouse baru yg 14,000 sqft sudah fully running and now production rate dah naik dari 1,000 botol sehari ke 4,000 botol sehari. InshaAllah we can meet minimum target of 100k bottles per month starting bulan ni”

Ingin semak ramuan semula

Sementara itu, Khairul Amin menjelaskan bahawa dia sudah lama tidak pulang ke kampung halamannya di Kelantan dan teringin untuk kunjunginya supanya dapat menyemak kembali ramuan sambalnya di sana.

Di akhir bebenang tersebut, Khairul Amin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokongnya dan melahirkan rasa syukur apabila berjaya sampai ke tahan ini.

Foto: Twitter

“In conclusion i want to thank all of you, thank you so so much for your support 🥺🙏🏻 it’s been a long journey and i’m happy and grateful to be where i am today. this is for you mama and abah, thank you for believing me to pursue my passion.”

Menjengah ke ruangan replies, rata-rata netizen kagum dengan pencapaian Khairul Amin dan ramai juga yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam menempuh dunia perniagaan.

“Such an inspiration”

Foto: Twitter
Foto: Twitter

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

8 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

50 mins ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago