Caprice Lancar Tabung Bantu Peniaga Burger Kena Kompaun 50K

Baru-baru ini, pengguna media sosial hangat memperkatakan mengenai kisah seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 selepas didapati berniaga burger di hadapan rumahnya melebihi had masa ditetapkan dimusim PKP.

Perkara tersebut yang mula dimuat naik oleh peniaga itu sendiri iaitu Wan Mohd Faisal di laman Facebooknya sebelum tular dan menjadi sohor dia semua platform media sosial lainnya.

Foto: FB
Foto: FB

Disaman ketika siapkan tempahan

Menurut Faisal, dia didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.

Seterusnya, dia disaman sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Tambahnya anggota polis tersebut memaklumkan terdapat laporan daripada pihak tertentu yang mengatakan kedai burger miliknya beroperasi lebih masa yang ditetapkan.

Dia yang mengakui pernah dikompaun RM1,000 atas kesalahan sama bagaimanapun terkejut kerana dikompaun sebanyak itu. Malah dia juga perlu melunaskan kompaun tersebut sebelum 9 May iaitu 5 hari sebelum hari raya.

Perkongsian tersebut menyebabkan rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya memandangkan kompaun yang dikenakan begitu tinggi berbanding apa yang diterimanya dengan menjual burger di musim PKP.

Caprice lancar tabung bantuan

Sehubungan itu, penyanyi rap terkenal Caprice yang prihatin dengan nasib lelaki itu bercadang melancarkan tabung bantuan bagi membantu mengurangkan beban membayar kompaun.

Caprice berkongsi hasratnya itu melalui satu posting di laman Instagram miliknya @capriceofficial.

“Kalau abang ni sudi, kami nak tolong buat tabung untuk dia. Kan kerajaan ada hashtag ‘kita jaga kita’,” ujar Caprice ruangan kapsyen.

Sementara itu, menerusi posting terbaru Caprice, dia memberitahu bahawa dia sudah berjaya menghubungi Faisal dan menyatakan perkembangan misi bantuan tersebut di mana pihaknya sedang menunggu greenlight daripada peniaga tersebut.

Berjaya contact peniaga tersebut

“Kita dapat contact abe Faisal, kalau abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund untuk bantu settle kompaun RM50K yang dia kena bayar sebelum 5 Mei,” tulisnya di kapsyen posting tersebut.

Semoga dapat kurangkan beban

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan followers penyanyi itu kagum terhadap usaha murni yang dilakukan oleh Caprice.

Terdahulu , Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisoner Abdul Rahim Daud menjelaskan kepada media bahawa peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Itu cuma dinyatakan jumlah maksimum,” katanya.

Diharapkan urusan peniaga tersebut dipermudahkan serta orang ramai akan lebih mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaa

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

7 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

12 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago