Francisca Luhong Sedia Beraksi Dengan Kostum ‘Kampungku’ Ke Pentas Miss Universe

Dengan hanya berbaki lebih kurang 3 minggu sahaja lagi sebelum pertandingan akhir Miss Universe ke-69 bakal dilangsungkan Seminole Hard Rock Hotel & Casino Hollywood, Florida di Amerika Syarikat, para pesertanya sudah semestinya akan melakukan persiapan yang lengkap dan terbaik untuk dibawakan ke pentas berprestij itu.

Francisca Luhong James yang merupakan wakil Malaysia kini sudah bersedia untuk mempersembahkan sebuah tema unik menampilkan suasana kampung yang terdapat di negara ini.

Foto: IG Francisca Luhong

Menurutnya, idea dan konsep ‘Kampungku’ tercetus daripada seorang pereka fesyen tempatan, Carven Ong dengan kerjasama Wesley Hilton of Borneo Hall.

Elemen yang diketengahkan adalah daripada empat budaya termasuklah masyarakat Orang Asli, Melayu, Dayak dan Orang Ulu.

Ujarnya lagi, pemilihan konsep ini menggambarkan elemen sebenar yang terdapat di kawasan kampung di Malaysia sekaligus menimbulkan rasa nostalgia apabila ia digayakan dan dilihat.

Foto: IG Francisca Luhong

Kostum seberat 45 kg itu turut dikatakan tidak menggunakan sebarang paku sama sekali dalam proses penghasilannya.

Tempoh tiga bulan telah diambil untuk menyiapkan kostum ini bagi memastikan Francisca dapat melakukan latihan dan persembahan dengan lancar di acara yang bakal berlangsung pada 16 Mei itu.

Antara elemen yang terdapat pada kostum unik itu adalah ayam serama, songket, batik dan tikar mengkuang yang dianyam seperti bentuk bunga raya.

Foto: IG Francisca Luhong

Selain itu, Miss Universe Indonesia, Rr. Ayu Maulida Putri dan Miss Universe Thailand, Amanda Obdam turut telah mencuri perhatian netizen dengan kostum yang diperagakan.

Ayu bakal mengenakan kostum kebangsaan Indonesia dengan elemen biawak komodo sebagai lambang warisan prasejarah Indonesia manakala Amanada mempunyai tiga pilihan kostum yang akan digayakan pada pentas akhir itu nanti.

Foto: IG Rr. Ayu Maulida Putri
Foto: Ohbulan

Pertandingan Miss Universe pada kali ini akan menggunakan sistem undian daripada para penonton untuk melayakkan peserta tampil ke tangga 21 teratas. Sebelum ini, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2019.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago