Meski Terlantar Di Wad Kerana Strok, Pensyarah Tetap Gagahkan Diri Mengajar Kelas Online

Bukan mudah bergelar seorang pendidik. Tugas mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa ‘menjaga’ segi tingkah laku dan disiplin anak didik mereka.

Malah ada ramai yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan kadang-kala harta demi kepentingan para pelajar mereka.

Namun kisah seorang pensyarah dari Bandung ni nyata berbeza dan mencuri tumpuan ramai kerana kegigihannya menyampaikan ilmu kepada pelajar kuliahnya walaupun dia sebenarnya sedang terlantar sakit di hospital.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna Tiktok, Balqis Maharani, pensyarah tersebut iaitu Aceng Muhtaram difahamkan telah diserang strok sejak seminggu yang lalu.

Disebabkan kondisinya yang tidak mengizinkan, ramai dikalangan mahasiswa di sebuah kolej di Bandung itu menyangkakan pensyarah mereka pasti tidak akan mengajar kerana masih belum sihat.

Biasanya beliau akan memberikan link Zoom kepada kami dari subuh untuk kuliah pada jam 9.30 pagi tetapi pada jam 9.00 pagi masih tidak ada jawapan.

Apabila meminta link Zoom kepada penolong pensyarah, kami terkejut ketika diberitahu beliau dimasukkan ke ICU kerana strok

Namun sangkaan mereka meleset dimana pembantu penysarah kemudiannya memaklumkan bahawa pensyarah tersebut akan mengajar subjek Penelitian Administrasi Pendidikan secara online.

Kelas tersebut bagaimanapun tidak berjaya dihabiskan oleh pensyarah berkenaan sebaliknya dia meminta pembantunya untuk menggantikannya hingga ke penghujung kelas.

@balqueen.id

lekas sembuh ya pak🤲😭##WeDOIndonesia ##YWY3WeRockTheWorld ##fypシ ##RangkaiKebaikan ##mahasiswa

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

”Kami terkejut melihat bapak sedang terbaring dan perlu dibantu dengan ramai orang.

”Beliau akhirnya tidak mampu menyampikan kuliah sehingga selesai dan diserahkan kepada pembantunya,” kata Balqis.

Perkongsiannya nyata menyentuh hati ramai pihak, ramai yang turut mengambil kesematan mendoakan kesembuhan pensyarahnya itu yang disifatkan gigih dan begitu mementingkan ilmu anak didiknya.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago