Angkat Tema ‘Rumah Kampung’ Di Pentas Miss Universe, Francisca Luhong Raih Pujian Ramai

Seperti sedia maklum, sebelum ini Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon menggayakan kostum bertemakan ‘A Peranakan Indulgence’ yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya.

Dan semalam Miss Universe negara kita yang juga wakil negara bagi Pertandingan Miss Universe 2021 Francisca Luhong James pula mencipta kelainan apabila mempersembahkan tema unik iaitu representasi suasana kampung yang ada di negara ini.

Tema ‘Kampungku Malaysia’

Foto: IG

Fransisca dengan bangganya memperagakan kostum bertemakan ‘Kampungku Malaysia’ sambil diiringi props yang diinspirasikan daripada perkampungan Melayu tradisional.

Difahamkan kedua-dua kostum dan props berkenaan adalah hasil rekaan pereka fesyen Carven Ong untuk meraikan suasana kampung dan mengimbas kembali nostalgia di kampung halaman.

Busana yang dipamerkan itu juga mengangkat elemen daripada empat budaya yang berbeza iaitu masyarakat Orang Asli, Melayu, Dayak dan Orang Ulu.

Inspirasi daripada Orang Ulu Sarawak

Foto: IG

Elemen tukar busana

Apa yang lebih mengujakan, terdapat elemen pertukaran ketika Francisca mempersembahkan kostum itu  apabila props yang memaparkan rumah kayu itu dipusingkan dan menampakkan suasana senja ketika di kampung.

Props tersebut juga dihiasi dengan kerawang berwarna emas yang diletakkan pada papan rumah tersebut bagi melambangkan warisan negeri Sarawak.

Malah, Fransisca turut dilihat menukar busananya dan headgear boneka Borneo (Borneo Doll) di atas kepalanya selain kelihatan bunga raya dan mengkuang sebagai simbol warisan Malaysia.

Foto: IG

Menerusi posting di Instagramnya, Fransisca mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah memberi sokongan dan semangat positif kepadanya.

Dalam perkembangan terkini, difahamkan National Costume Malaysia mendahului undian berbanding negara lain. Syabas Francisca!

Recent Posts

  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

25 mins ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

49 mins ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

52 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago