Sudah Dilancarkan Di Jepun, Jom Lihat Honda HR-V 2022 Dengan Lebih Dekat [Video]

Mula didedahkan secara umum pada bulan Februari 2021, Honda akhirnya melancarkan Honda HRV 2022 secara rasmi di Jepun pada penghujung April.

Masih kekal dengan nama Honda Vezel di negara asalnya, HR-V generasi ke-3 ini hadir dalam versi janaan petrol iaitu enjin L15Z 1.5 liter i-VTEC dan versi hibrid petrol-elektrik e:HEV iatu  sistem i-MMD sports Hybrid dengan dua motor sama seperti di pasaran jepun.

Meskipun dihasilkan dari platform asas yang sama dengan Honda Jazz, Honda HR-V baharu ini bagaimanapun mempunyai beberapa perbezaan dengan model HRV generasi kedua dimana ia sebenarnya lebih pendek (1,330 mm) tetapi 20 mm lebih lebar (1,790 mm) serta lebih rendah (1,590 mm).

Selain itu antara perkara yang mencuri tumpuan orang ramai pastinya reka bentuk HRV 2022 ini yang disifatkan sebagai SUV dengan reka bentuk minimal dan tercantik yang pernah di hasilkan Honda.

Namun sejak pelancarannya di negara matahari terbit itu, orang ramai khususnya peminat kereta di Malaysia masih belum berpeluang melihat SUV segmen-B ini secara lebih dekat.

Jadi buat anda yang tak sabar nak melihat model ini dengan lebih dekat jom tontoni video review yang dilakukan oleh sebuah syarikat automotif dari UK, WhatCar mengenai HR-V 2022 dan ciri-cirinya seperti teknologi terbaru, spesifikasi, interior luar dan didalam kabin, sistem infotainment, keluasan ruang kargo dan banyak lagi.

Meskipun ada yang berpendapat mungkin akan ada sedikit perbezaan berbanding apa yang bakal di lancarkan di Malaysia kelak, kami yakin ia taklah lari jauh mana! Jadi selamat menonton!

Tonton di bawah:

Video pengenalan HR-V 2022

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago