Live IG Bersama, Hujah & Soalan Caprice Buat 2 Wanita Zionis ‘Koyak Teruk’

Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice menjadi perhatian ramai apabila mengundang influencer dan askar dari Israel dalam satu sesi perbincangan di IG Live miliknya malam tadi.

Difahamkan, Caprice sempat mengingatkan para pengikutnya agar menjaga kata di ruangan komen sepanjang live berkenaan agar pihak Instagram tidak memberhentikan live IG tersebut.

Memanipulasikan fakta

Sepanjang live berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Shiraz itu dilihat memanipulasikan fakta setiap kali Caprice mengajukan soalan berkaitan tentang Palestin dan Israel. terima kenyataan

Malah, dia turut memutar belit fakta mengenai tanah Palestin apabila mengatakan tanah tersebut adalah milik bangsa Yahudi berikutan kekalahan Palestin semasa kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah.

Ditonton sehingga 200 ribu

Live IG itu telah meraih tontonan lebih daripada 200,000 orang yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga pengikut influencer tersebut dari Israel.

Selain itu, Caprice juga sempat berbincang dengan seorang lagi wanita dari Israel yang lebih lantang sehingga menyebabkan kemarahan ramai.

Potong cakap, tak bagi peluang langsung

Mana tidaknya, wanita yang dikenali sebagai Orin tersebut dilihat tidak memberi peluang sedikit pun kepada Caprice untuk bercakap.

Bahkan, dia turut memotong setiap kali Caprice ingin berhujah tentang fakta mengenai Palestin dan berkeras untuk tidak menerima apa yang diterangkan oleh penyanyi lelaki tersebut.

Namun begitu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kekal tenang sepanjang live tersebut dan berjaya menghabiskan perbincangan itu setelah 2 jam berlangsung.

Menurut posting di Instagram Caprice, penyanyi tersebut sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada mereka yang mengikuti live berkenaan dan para netizen yang meninggalkan komen.

Terdapat ramai juga artis lain yang memberikan komen-komen positif dan kagum dengan tindakan Caprice yang mengambil inisiatif tersebut sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

Terbaru hari ini, pihak Hamas dan tentera Israel telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata sekaligus menyaksikan pertempuran yang berlangsung sejak 11 hari lalu berakhir.

Sejak pertempuran minggu lalu, 232 rakyat Palestin termasuk 65 kanak-kanak terbunuh dalam serangan pengeboman Israel. Sementara di Israel, 12 orang termasuk dua kanak-kanak telah terbunuh sepanjang 11 hari pertempuran

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago