Umum mengetahui pada 28 Mei lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh di seluruh negara termasuk penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan bagi membendung penularan Covid-19.
Pelaksanaan ini sudah tentu memberi sedikit kesan kepada segelintir rakyat Malaysia khususnya mereka yang bekerja atau mempunyai aktiviti perniagaan didalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.
Prihatin dengan isu tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menerusi Perutusan Khas Bantuan PKP3.0 telah mengumumkan Program Stragetgik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan, Pemerkasa Plus, (Pemerkasa +) iaitu program bantuan khas yang bernilai RM40 Bilion buat rakyat Malaysia yang terkesan.
Berlandaskan 3 matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, di bawah kami kongsikan beberapa inisiatif Perkasa+ yang seusai untuk orang awam seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri :
Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan sebanyak RM500 lagi manakala isi rumah yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima RM300. Bagi golongan bujang pula, sebanyak RM100 akan diberikan.
Bayaran akan disalurkan pada hujung bulan Jun
Semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan- atau penguranan bayara balik ansuran 50% selama 6 bulan.
Ia akan dilaksanakan segera pada bulan yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.
Maklumat lebih terperinci akan diumumkan industri perbankan secepatnya esok.
Kerajaan akan memberikan bantuan khas secara one-off RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.
Selain itu Pengusaha Teksi juga ditawarkan Skim rehabilitasi bagi membolehkan mereka menerima Moratorium selama 12 bulan dan boleh lanjut sehingga 36 bulan.
Kerajan juga bersetuju melanjutkan subsidi upah dibawah PERKESO selama sebulan untuk semua sektor ekonomi yang terkesan dengan had 500 pekerja untuk setiap permohonan. Inisiatif ini dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja dan 200 ribu majikan.
Penerima Geran Khas Prihatin akan menerima tambahan GKP dari RM1,000 kepada RM1,500
Ini bermakna 1 juta pengusaha PKS akan menerima RM1,000 pada Jun dan RM500 Julai.
Para peniaga yang ingin mendapatkan mikro kredit kerajaan boleh memohon pinjaman sebanyak RM1.5 billion yang akan disediakan oleh BSN, TEKUN, MARA, YAPIM, SME CORP dengan kadar pembiayaan serendah 3%.
MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021. Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021.
Memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.
Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021. Pada masa yang sama, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran.
Kerajaan akan lanjutkan pemberian diskaun bil elektrik 10% selama 3 bulan kepada sektor yang terjejas iaitu pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan antara bulan Julai hingga September 2021.
Kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import yang sebelum ini diumumkan di bawah inisiatif PENJANA mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.
[Artikel lanjut menyusul]Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…