Gadis Bergaduh Dengan Teman Lelaki Di Khalayak Ramai, Marah Dibeli Vivo Padahal Minta iPhone

Dalam fasa percintaan, selalunya setiap pasangan pasti ingin melakukan yang terbaik sesama sendiri. Salah satunya adalah dengan memberi hadiah hari jadi, belanja barang dan sebagainya.

Di Indonesia, seorang lelaki telah membawa teman wanitanya untuk membelikan telefon bimbit baru. Malangnya, sebuah kejadian yang memalukan pula berlaku.

Kecewa dibelikan telefon bimbit Vivo

Menerusi laporan Tribun Medan, gadis tersebut kecewa kerana hanya dibelikan telefon bimbit berjenama Vivo dan bukannya sebuah iPhone seperti yang diinginkan.

Dalam sebuah video yang telah dikongsi, pasangan itu sempat bertengkar dan lelaki itu beberapa kali dipukul pada bahagian tangan di khalayak ramai. 

Pada masa yang sama, gadis itu berulang kali meminta untuk dibelikan iPhone sebelum diajak meninggalkan premis itu.

Belikan pakai buah pinggang gadis itu

Pertelingkahan itu telah mendapat perhatian ramai di media sosial. Ia telah diulang kongsi di Twitter @bertanyarl dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

“Apalah lelaki tu, kalau sayang belikanlah telefon bimbit macam yang girlfriend minta. Tak kisah dengan cara apa sekalipun, tukar tambah pakai buah pinggang gadis itu misalnya.” – Netizen

“Bersyukurlah teman lelaki masih ada inisiatif. Lelaki di luar sana malah kedekut dan tak ada usaha langsung.” – Netizen

Pernah jual telefon bimbit teman wanita untuk berjudi

Namun begitu, ada juga dakwaan lelaki itu telah menggunakan duit hasil jualan telefon bimbit teman wanitanya untuk berjudi. Dia kemudian diminta untuk menggantikannya semula tetapi cuma mampu untuk membelikan telefon bimbit Vivo.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

2 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

8 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

8 hours ago