Ekoran kes positif Covid-19 di negara kita semakin meningkat saban hari, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah kembali dikuatkuasakan semula.
Selaras dengan pelaksanaan tersebut, MKN kemudiannya telah memperketatkan SOP PKP sebagai usaha membendung penularan antaranya aktiviti ekonomi, sosial, juga aktiviti keagamaan antaranya pengurangan jumlah jemaah di masjid dan surau.
Namun sejak semalam media sosial hangat memperkatakan mengenai sebuah rancangan realiti TV versi yang menghimpunkan 50 orang juri yang terdiri dari kalangan selebrtii dan influencer terkenal di Malaysia.
Menerusi Twitter, beberapa netizen dilihat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan penyiaran program tersebut yang disifatkan tidak patuh SOP dengan mengabaikan penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka ataupun faceshield.
Tidak terhenti di situ sahaja, ada juga dikalangan netizen yang turut membandingkan jumlah penglibatan invididu didalam program tersebut dengan had kapasiti di masjid yang menurut mereka adalah 4 kali ganda.
Program dibuat semasa pelaksanaan PKPP pada 3 Mac -11 April dipercayai di Putrajaya.
Malah pengacara dan penyampai radio Haniff Hamzah turut tampil berkongsi perkara sebenar kepada orang ramai. Jelasnya program tersebut sudah lama dirakam sewaktu penggambaran didalam studio masih lagi dibenarkan iaitu sebelum ketibaan ramadan.
Meskipun tidak mengetahui saiz sebenar dewan berkenaan dia bagaimanapun menjelaskan ruang venue penggambaran tersebut adalah begitu besar.
Penjelasan demi penjelasan bagaimanapun tidak meredakan kemarahan orang ramai.
Ramai yang masih membangkitkan isu kegagalan peserta yang tidak mengenakan pelitup muka dan face shield meskipun pihak penganjur ada menyediakan penghadang (partition) diantara juri.
Bahkan, mereka juga mengatakan sepatutnya pihak media dan selebriti terkenal perlu lebih peka terhadap situasi pandemik yang masih belum pulih.
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…