Kaki Dipotong Akibat Kanser, Wanita Cekal Berniaga Hingga Sales Cecah 4 Angka Setiap Hari

Ibarat pepatah ‘dimana ada kemahuan, disitu ada jalan’. Ia bererti kalau kita mahukan sesuatu, kita akan mencari jalan dan berusaha sedaya upaya kita untuk memperolehinya.

Sama seperti kisah seorang wanita bernama Zeeda Aziz ini yang cekal dan tabah berusaha sehingga berjaya walaupun bergelar orang kelainan upaya (OKU).

Hilang kaki kerana derita kanser

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Zeeda melalui akaun Facebooknya, dia berkongsi pengalaman semasa dia menjalani amputasi kaki kiri. Menurut Zeeda, kaki kirinya terpaksa dipotong akibat penyakit kanser yang dihidapinya.

Tak pernah putus asa

Walaupun Zeeda telah kehilangan kaki kiri, dia tidak pernah putus asa dan berasa sedih. Bahkan, wanita cekal ini teruja untuk mencabar dirinya sendiri.

Foto: FB

Zeeda mula menceburi bisnes atas talian dan tidak patah semangat walaupun hanya berjaya menjual 1 item pada bulan pertama berniaga di Shopee.

Belajar ilmu perniagaan

Atas semangat dan usaha gigihnya, Zeeda nekad ingin melariskan jualan dengan mempelajari ilmu perniagaan di Shopee selama satu bulan dan akhirnya jualan Zeeda meningkat sehingga 497%.

Foto: FB

Kini, dia mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantunya menguruskan pembungkusan serta penghantaran pesanan pelanggan.

Uruskan semuanya sendiri

Malah, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini turut mendedahkan rutin hariannya setiap hari dari mencari barang jualan hinggalah mengambil gambar produk dan pemasaran. Semuanya dilakukan seorang diri. Sungguh hebat!

Foto: FB

Foto: FB

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kecekalan dan ketabahan yang dimiliki oleh Zeeda. Selain itu, mereka turut mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.

Zeeda turut memaklumkan bahawa dia masih berusaha keras dalam menuntut ilmu untuk mengembangkan bisnes yang diberi nama ‘Pasar Kedah’ miliknya itu.

Tidak pernah marah dengan takdir

Tambahnya, dia tidak pernah menyalahkan takdir yang diberi oleh Allah, sebaliknya berdoa semoga Allah memberinya kekuatan yang berganda untuk dirinya menghadapi dugaan.

Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.

Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya.

Foto: FB
Foto: FB
Foto: FB

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

28 mins ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

6 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

6 hours ago