Ingatkan Air Karat Menitik Atas Kepala, Pemilik Rumah Terjumpa Bangkai Musang Atas Siling

Bagaikan mimpi ngeri, misteri bau busuk di kediaman pemilik ini akhirnya terbongkar dimana seekor musang dijumpai mati di atas siling rumah.

Jika dilihat sekilas pandang, saiz musang yang begitu besar itu memang menakutkan.

Darah dan air bangkai menitik

Seperti yang dikongsi pemilik rumah itu sendiri di grup Facebook Tukang Apa Hari Ini, pada mulanya dia ternampak darah dan air dari bangkai tersebut menitik-nitik.

Namun masalah lain pula menimpa dimana bau busuk tidak hilang dan tersebar ke serata rumah walaupun bangkai telah dibuang.

“Assalamualaikum warga T.A.H.I. Ada satu kemusykilan kat sini, yang akan dimulakan dengan satu kisah tragedi.

“Pagi tadi rumah kami telah ditimpa tragedi musang mati atas rumah, yang mana darah dan air dari bangkai tersebut telah menitik-nitik sepeti. 

Foto: FB Berung Marah

“Bangkai tu dah dibuang, tapi nak dijadikan cerita asbestos kat tempat musang tu bersemadi dah melekat bau haruman seribu bunga. Bahagian atas tu pun berselirat dengan wayar lampu dan lain-lain.”

Menerusi sebuah kenyataan, mereka sekeluarga mula perasan air menitik dari kawasan bangkai itu seakan-akan air karat tetapi berbau busuk. Pemilik rumah itu turut merasakan musang tersebut telah mati di siling dalam lingkungan dua ke tiga hari, seperti dipetik Siakap Keli.

Foto: FB Berung Marah
Foto: FB Berung Marah

“Kami perasan sebab ada air menitik, macam air darah ke air karat ke. Benda ni dalam bilik air, so beberapa hari tu rasa jugak air menitik atas kepala ingat cuma air karat je. 

“Sekali pecahkan atap tu, nah seekor musang gergasi telah tumpas.”

Pada posting asal pemilik rumah tersebut di Facebook, dia telah meminta cadangan daripada orang ramai untuk menghilangkan bau bangkai yang tidak dapat dihilangkan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

17 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

43 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago