Facebook Secara Rasmi Lancar Live Audio Room & Podcast Kepada Pengguna

Sekitar April lalu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Inc, Mark Zuckerberg ada mengumumkan pihaknya akan melancarkan beberapa fungsi baharu berasaskan audio sebagai usaha melancarkan komunikasi sesama penggunanya.

Tidak sampai dua bulan, dua fungsi tersebut iaitu Live Audio Room dan Podcast sudahpun tersedia kepada penggunanya di Amerika Syarikat.

Mula dilancarkan semalam, fungsi tersebut difahamkan akan mula digunakan oleh sejumlah Figura umum dan beberapa Page Facebook terpilih sebelum mula diperkenalkan kepada orang ramai di sana.

Secara ringkasnya, bagi Live audio room, pengguna Facebook boleh mewujudkan satu bilik ucapan secara langsung dengan menjemput sehingga 50 orang menjadi pengucap (speakers) dengan tiada had bagi jumlah pendengar.

Meskipun fungsinya mirip dengan aplikasi Clubhouse, Live Audio Room ini dilihat berbeza dan lebih besar sasaran penggunanya berbanding Clubhouse kerana ia boleh dianjurkan dan dikelolakan oleh semua pengguna Facebook yang berdaftar.

Malah mereka yang menganjurkan Live Audio Room juga tidak perlu risau ketiadan pendengar kerana Facebook akan memaklumkan kewujudan sesuatu bilik ucapan (audio room) di kawasan Suapan Berita (News Feed) orang ramai yang mengikuti dan melanggan page mereka.

Menerusi laporan Tech Crunch, fungsi Audio room juga hampir sama dengan Clubhouse dimana akan terdapat butang ‘angkat tangan’ sekiranya anda ingin menyertai perbincangan audio tersebut . Selain itu ia juga butang share untuk anda berkongsi mengenai audio room tersebut kepada rakan lain.

Manakala bagi fungsi Podcast pula, mereka akan mula mengakifkan fungsi tersebut kepada beberapa content creator ternama disana seperti  Joe Budden dari The Joe Budden Podcast; “Jess Hilarious” atau l Carefully Reckless dari Black Effect Podcast Network dan iHeartRadio yang terdiri dari Keltie Knight, Becca Tobin dan Jac Vanek dari The LadyGang sebelum memperkenalkan fungsi berkenaan kepada podcaster-podcaster lain.

Namun fungsi-fungsi ini difahamkan hanya ditawarkan kepada pengguna iOS buat masa ini.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

2 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

8 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

8 hours ago