Enggan Diekstradisi Ke AS, Pengasas Perisian Antivirus McAfee Dipercayai Bunuh Diri Di Penjara

Teknopreneur yang pengasas perisian antivirus, John McAfee ditemui mati di sebuah penjara di Sepanyol semalam.

Penemuan mayatnya tidak sampai beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi di sana meluluskan ekstaradisinya ke Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan mengelak cukai.

Pengasas antivirus McAfee itu difahamkan ditemui sudah tidak bernyawa didalam sel kurungannya di penjara Brians 2 dengan siasatan awal menunjukkan dia membunuh diri.

Jabatan Kehakiman wilayah Catalonia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Mereka turut memaklumkan pihak penjara sebelum itu sudah berusaha untuk menyelamatkannya namun doktor kemudian mengesahkan kematiannya.

Mungkin gantung diri di dalam sel penjara

Dalam pada itu Reuters melaporkan, peguam yang mewakili McAfee, Javier Villalba, mendedahkan anak guamnya yang sudah sembilan bulan ditahan di penjara berkenaan dipercayai menggantung dirinya.

McAfee sewaktu perbicaraan terdahulunya berkata dia bakal menghabiskan seumur hidupnya di penjara jika dia dihantar pulang ke AS memandangkan tuduhan jenayah berkaitan cukai di sana membawa hukuman penjara hingga 30 tahun.

“Jika saya diekstradisi, saya hampir saya akan menghabiskan seluruh hidup saya di penjara kerena Amerika Syarikat ingin menggunakan saya sebagai contoh,” katanya dipetik dari Independent.

Foto: AP/Ng Han Guan

Dia sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Barcelona pada Oktober tahun lalu, sebelum sempat berlepas ke Istanbul dan akhirnya dipenjarakan selepas beberapa tahun melarikan diri atas tuduhan mengelak cukai dan kes penipuan cryptocurrency di New York.

Sebagai rekod, mendiang bukanlah satu nama asing didalam dunia teknologi di sana, beliau pernah bertugas di beberapa perusahaan besar seperti Xerox, Lockheed Martin malah agensi kerajaan seperti NASA.

Dia kemudian mengasaskan perisian Antivirus McAfee dan memacu jualannya sehingga digunakan jutaan penguna komputer. Namun pada tahun 2011, McAfee telah menjual perisian antivirus pertama di dunia itu kepada Intel (INTC.O).

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

39 mins ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

3 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

5 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago