Sebelum ini, selebriti media sosial Indonesia Lucinta Maya telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya hamil.
Berita itu ternyata menarik perhatian ramai sehingga seorang doktor menjelaskan jika seseorang lelaki itu ‘mengandung’ berkemungkinan besar dia menghidap kanser testis.
Namun rupa-rupanya, Lucinta berbuat demikian hanyalah semata untuk mendapat perhatian orang ramai agar kembali terkenal.
Menurut sumber, Lucinta akhirnya mengaku bahawa berita kehamilan itu hanyalah palsu dan turut meminta supaya netizen tidak mengambil serius terhadap isu tersebut, seperti yang dipetik Intip Seleb.
Tambahnya, kehamilan palsu tersebut diinspirasikan daripada isteri Raffi Ahmad, Nagita Slavina yang sering dilihat cantik walaupun mengandung.
Lebih mengejutkan, Lucinta Luna turut mendedahkan bahawa teman lelaki mat sallehnya itu tidak tahu bahawa dirinya seorang transgender.
Menurut Lucinta, dia sengaja mencari teman lelaki yang tidak tahu latar belakangnya. Malah, dia turut memberitahu dirinya sering dimanjakan oleh teman lelakinya itu dengan duit dan hadiah-hadiah yang mahal.
Aku kan sudah tidak laku di sini. Jadi, aku cari mat salleh yang tak tahu latar belakang aku. Bila aku kenalkan dia, ramai pula DM nak kenal dengan dia, model dan instafamous pun ada. Tapi dia tetap mencintai aku.
Aku diberi wang 100juta Rupiah habis beli diamond kemudian dia bagi lagi duit. Ini lah yang perempuan suka. Dah lah handsome, badan macam atlet buat aku jadi tergila-gila.
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…