Simpati Lihat Wanita Tak Mampu Bayar RM60 Untuk Ubat Anak, Petugas Farmasi Bantu Bayarkan

Kehidupan setiap orang adalah berbeza. Tak semua orang mempunyai jalan hidup yang sama terutamanya dari segi kewangan.

Disebabkan ini, kita perlulah mempunyai toleransi sesama manusia supaya dapat menghormati individu yang kurang bernasib baik.

Tak mampu bayar kos perubatan anak

Baru-baru ini, seorang gadis lebih dikenali sebagai Maidatul telah berkongsi kisah mengenai ibu yang tidak mampu membayar kos perubatan anaknya dimana mengundang sebak ramai.

Menerusi ciapan yang ditulis sendiri di Twitter @anne_nma, kejadian tersebut berlaku pada 22 Jun yang lalu di sebuah klinik bertempat di Kuala Terengganu.

Sewaktu itu Maidatul sedang menemani ayahnya mendapatkan rawatan. Dia kemudian terdengar perbualan petugas farmasi dengan seorang wanita yang tidak dapat membuat sebarang pembayaran selepas kad yang ingin digunakan tidak terima.

“Malam tadi, 22 June, kejadian berlaku dalam pkul10 lebih. Aku pegi klinik, hantar ayah sebab sakit batu karang. Klinik semua dah tutup, yang bukak Pusat Perubatan Intan je. Sebab dorg bukak 24Jam. Aku tunggu ayah masuk jumpa doctor dpn entrance klinik.

“Tiba2 aku dengar kakak kat kaunter ubat, tgh sembang dgn org farmasi. Farmasi tu betul2 depan pintu masuk klinik. Ada sorg kakak nak bayar ubat anak dia.

“Aku tgk kakak tu tya org farmasi berapa ringgit total ubat anak dia. “Semua skali RM60++.” Sambil dia hulurkan ubat kat kakak tu. And kakak tu tunjukkan 1 card. ‘Boleh tak saya nak guna card ni?’

“Puan farmasi tu bgtau kakak dpn dia.. ‘kat sini tak terima card ni.’Muka kakak tu berubah, sambil tinjau suami dia kat blkg. Muka dia sedih. And tiba2 dia ckp.. “takpe la. Sy takde duit. Sy taknak ubat..” aku terkejut dgr.. sambil jeling skit2 tgk dia ckp ngan org farmasi tu” kongsi Anne.

Wanita berkenaan kemudian bergegas meninggalkan klinik berkenaan bersama bayi tersebut dan suaminya.

Petugas farmasi bantu bayarkan bil

Petugas farmasi yang terkejut dengan situasi itu segera memanggil wanita itu dan secara spontan menawarkan dirinya untuk membayarkan untuk si ibu.

“Eh mana boleh. Awk tak kesian ke anak awk sakit. Takpe. Ambik la ubat ni. Simpan card tu. Takpe sy bayarkan..” Puan farmasi tu mcm terjerit2 sbb kakak tu dah nak lari..”

“Dan puan farmasi tu ckp lagi skali yg dia akan byrkan. Ambik je ubat tu. Dia ambik, dan tak henti2 ckp terima kasih. And dia gerak pegi kat suami dia. Dah takde dia kat situ. Aku keluar tggu ubat ayah” kongsinya lagi.

Keseluruhan bil perubatan bayinya kemudian dibayar oleh petugas farmasi dan wanita itu tak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Selepas kejadian itu, Maidatul ingin membantu membuat pembayaran tetapi ditolak kerana semuanya telah dilunaskan.

Kisah yang meruntun jiwa ini telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata meluahkan rasa sedih dan berdoa agar rezeki petugas farmasi itu diperluaskan.

Ingatkan cerita seram

Tak dapat bayang rasa sedih

“Semoga dimurahkan rezeki” – Netizen

Dua-dua pun hero

Recent Posts

  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

59 seconds ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

3 days ago