Siap Diiringi Kereta Berperisai, Ustaz Ebit Lew Akhirnya Dapat Masuk Ke Gaza

Selepas sebulan tiba di Mesir, pendakwah dan aktivis terkenal Ustaz Ebit Lew akhirnya memaklumkan sudah dapat masuk ke Gaza Palestin.

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebooknya, Ustaz Ebit menjelaskan kemasukan beliau dan pasukannya diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai.

Menurut beliau lagi, beliau dimaklumkan oleh kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, bahawa pasukannya adalah NGO pertama di dunia yang diberikan kebenarakan untuk masuk ke Pintu Rafah sejak tercetusnya peperangan baru-baru ini.

Syukur kami berada di Gaza

“Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.

“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu” kata Ustaz Ebit

Berterima kasih kepada banyak pihak yang banyak membantu

Ustaz Ebit menerusi perkongsian sama turut menzahirkan rasa terima kasihnya kepada kerajaan Malaysia khususnya Menteri Luar Negara, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kedutaan Malaysia di Mesir, Tengku Mahkota Johor (TMJ), pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga kerajaan Mesir yang banyak membantu memudahkan misi ini.

Beliau bagaimanapun memaklumkan tidak akan memuat naik perkembangan ketika menjalankan misi atas faktor keselamatan justeru mengharapkan rakyat Malaysia agar dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

1 hour ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

7 hours ago