Terpisah 2 Bulan Sebab PJJ, Video Anak Kecil Menangis Rindukan Ibu Buat Ramai Sebak

Umum mengetahui, pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kali ini tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri bagi pasangan PJJ.

Oleh yang demikian, ramai pasangan yang turut terkesan dengan pelaksanaan tersebut. Apatah lagi, mereka yang masih mempunyai anak kecil.

Menangis dalam kereta

Menerusi perkongsian di laman Facebook seorang wanita yang bernamai Afiqqah Sani, dia memuat naik video yang memaparkan reaksi anak lelakinya yang dikenali sebagai Muhammad menangis di dalam kereta sehingga menarik perhatian ramai.

Difahamkan, anak kecil itu baru berusia dua tahun setengah dan dikatakan sudah dua bulan tidak bertemu dengan si ibu kerana penjaganya itu merupakan pasangan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).

Hampir dua bulan tidak berjumpa

Wahai yang berada di atas sana. Kami yang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) ni bukan suka-suka nak mohon rentas negeri. Bukan asbab kepentingan diri kami iaitu ibu dan bapa tapi lebih kepada kasihakan anak-anak.

Hampir dua bulan anak ini tidak berjumpa dengan ibunya. Dan hari ini semakin kuat tangisannya. Boleh bayangkan tak beban emosi yang ditanggung oleh mereka yang PJJ?

Menurut Afiqqah, anak lelakinya itu turut mengelak daripada melihat wajahnya setiap kali diajak membuat panggilan video. Malah, anak kecil itu juga menangis dengan kuat kerana tidak dapat berjumpa dengannya.

Foto: FB

Walaupun Afiqqah mengakui prosedur yang dilaksanakan ini adalah untuk kebaikan rakyat, namun dia mengharapkan agar terma dan syarat rentas negeri dinilai semula untuk pasangan PJJ seperti mereka.

Faham niat baik pihak di atas. Semuanya untuk kebaikan rakyat tapi mungkin boleh perhalusi kembali terma dan syarat untuk pasangan PJJ seperti kami. Kami tak pinta untuk menjadi pasangan PJJ seperti ni. Doakan kami semua tabah untuk mengharungi hari-hari seterusnya.

Ramai bersimpati

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan kasihan melihat situasi anak yang terpisah dengan ibunya itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama sebagai pasangan PJJ.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago